Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAKYAT MALAYSIA DI INDIA DAN PAKISTAN DINASIHAT HUBUNGI KEDUTAAN

DALAM NEGARA

RAKYAT MALAYSIA DI INDIA DAN PAKISTAN DINASIHAT HUBUNGI KEDUTAAN

Rakyat Malaysia yang berada di India dan Pakistan, khususnya pelajar dinasihatkan supaya menghubungi pihak kedutaan di negara berkenaan dan mengemukakan maklumat lengkap bagi memudahkan urusan komunikasi serta bantuan jika diperlukan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media pada majlis perasmian Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang 3, hari ini. –fotoBERNAMA

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang berada di India dan Pakistan, khususnya pelajar dinasihatkan supaya menghubungi pihak kedutaan di negara berkenaan dan mengemukakan maklumat lengkap bagi memudahkan urusan komunikasi serta bantuan jika diperlukan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mereka perlu berhati-hati dan tidak mengunjungi kawasan berisiko susulan serangan rentas sempadan antra kedua-dua negara yang dilaporkan baru-baru ini.

“Rakyat Malaysia yang berada di sana khususnya pelajar dinasihatkan supaya mengelak daripada berkunjung ke tempat-tempat berbahaya terutamanya di Kashmir, batalkan dulu perjalanan ke sana.

“Setakat ini tiada rakyat Malaysia terjejas (dalam serangan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Senawang 3, Negeri Sembilan, hari ini.

Sementara itu beliau berkata Malaysia menyeru agar India dan Pakistan segera menghentikan ketegangan dan tidak memburukkan lagi keadaan di sana.

Mohamad berkata Wisma Putra dalam kenyataan baru-baru ini turut memaklumkan kerajaan mengikuti rapat perkembangan terkini mengenai peningkatan ketegangan antara India dan Pakistan, serta menggesa kedua-duanya untuk bertenang. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading