RAKYAT MALAYSIA DINASIHAT ELAK SEMPADAN THAILAND-KEMBOJA SUSULAN KETEGANGAN MEMUNCAK
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak daripada memasuki kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja susulan ketegangan ketenteraan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu.
BANGKOK: Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak daripada memasuki kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja susulan ketegangan ketenteraan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu.
Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui berkata setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau terjejas akibat pertempuran artileri yang sedang berlaku di enam lokasi iaitu Kuil Ta Muen Thom, Kuil Ta Kwai, Chong Bok, Preah Vihear, Chong An Ma dan Chong Chom.
“Kawasan ini terletak di zon sempadan yang mempunyai pos pemeriksaan, dan ada kemungkinan penunggang motosikal atau pengembara karavan secara tidak sengaja memasuki kawasan tersebut.
“Tiga rakyat Malaysia yang berdaftar menetap di wilayah yang dilaporkan terlibat. Selepas dihubungi, ketiga-tiga mereka mengesahkan berada dalam keadaan selamat. Tiada permintaan bantuan diterima setakat ini,” katanya kepada Bernama hari ini.
Bong menggesa rakyat Malaysia yang berada di kawasan terbabit supaya mendaftar dengan kedutaan bagi membolehkan mereka menerima maklumat terkini dan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.
“Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan, sila hubungi talian kecemasan kedutaan di +66 87028 4659,” tambahnya.
Beliau berkata kedutaan akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat terkini apabila perlu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa tentera Thailand dan Kemboja bertempur pada Khamis di kawasan pertikaian sempadan bersama, dengan kedua-dua pihak saling menuduh sebagai pencetus konfrontasi terbaharu itu.
Ketegangan antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu meningkat sejak 28 Mei susulan satu insiden berdarah di kawasan Preah Vihear yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.
Kedua-dua negara telah berselisih pendapat mengenai sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan selama beberapa dekad, dan pertikaian ini terus menjejaskan hubungan diplomatik mereka.
Pada Rabu, kerajaan Thailand menurunkan tahap hubungan diplomatik dengan Kemboja sebagai tindak balas segera selepas seorang anggota tentera Thailand cedera akibat letupan periuk api yang didakwa baru dipasang.
Kerajaan Kemboja kemudiannya turut bertindak balas dengan menurunkan hubungan diplomatik dengan Thailand ke tahap paling rendah pada Khamis.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked