RAKYAT MALAYSIA TERKANDAS DI WILAYAH INDIA YANG DILANDA BANJIR SELAMAT -WISMA PUTRA
NEW DELHI: Sepuluh rakyat Malaysia yang terperangkap di negeri Himachal Pradesh, India yang dilanda banjir, selamat dan dijangka tiba di New Delhi pada Khamis, kata Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra).
Hujan monsun yang lebat telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan utara India. – foto/AFP
NEW DELHI: Sepuluh rakyat Malaysia yang terperangkap di negeri Himachal Pradesh, India yang dilanda banjir, selamat dan dijangka tiba di New Delhi pada Khamis, kata Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra).
Sebelum ini, 12 pendaki Malaysia dilaporkan hilang di wilayah India itu selepas keluarga mereka tidak dapat menghubungi mereka.
Dalam kenyataan pada lewat Rabu, Wisma Putra menjelaskan bahawa daripada 12 individu itu, sebenarnya seorang adalah warganegara China dan seorang lagi adalah warganegara British.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi berjaya menghubungi salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terkandas di situ dan menerima maklumat bahawa kesemua mereka selamat dan berada di bandar Manali, kata Wisma Putra.
Misi diplomatik itu sedang berusaha membawa rakyat Malaysia ke New Delhi pada Khamis.
“Jika rancangan evakuasi berjalan lancar, kumpulan itu dijangka pulang ke Malaysia pada hari yang sama dengan penerbangan,” kata kenyataan itu.
Hujan monsun yang lebat telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan utara India.
Negeri Himachal Pradesh di mana rakyat Malaysia itu terkandas merupakan negeri yang paling terjejas.
Wilayah lain Uttarakhand, Punjab dan Haryana juga mengalami bencana sama yang turut menyebabkan kerosakan ketara jalan raya dan infrastruktur.
Mengikut laporan media tempatan kira-kira 90 orang dilaporkan maut di Himachal semasa musim hujan monsun itu, manakala jumlah kematian di Punjab dan Haryana adalah 21.
Dua belas orang terbunuh dalam insiden berkaitan hujan dalam tempoh 24 jam di negeri Uttar Pradesh, mengikut kenyataan kerajaan India pada Rabu petang.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran banjir bagi banyak daerah di barat Uttar Pradesh. Di Delhi, beribu-ribu orang yang tinggal berdekatan dengan tebing sungai Yamuna telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Tahap air Yamuna di Delhi telah melampaui tahap bahaya pada Rabu selepas Haryana, negeri jiran, melepaskan isipadu air yang besar dari empangan Hathnikund.
Kementerian Kewangan India pada Rabu telah mengeluarkan sekitar AS$920 juta untuk membantu 22 negeri ekoran hujan lebat di seluruh negara itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked