Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA 16 TAHUN PANDU MPV REMPUH PEMOTONG RUMPUT SEHINGGA MAUT

DALAM NEGARA

REMAJA 16 TAHUN PANDU MPV REMPUH PEMOTONG RUMPUT SEHINGGA MAUT

Polis menahan seorang pelajar sekolah menengah yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh seorang pemotong rumput sehingga maut, di Jalan Pintasan Semeling di sini pagi tadi.

SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang pelajar sekolah menengah yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh seorang pemotong rumput sehingga maut, di Jalan Pintasan Semeling di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata, penahanan remaja berusia 16 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda itu bagi siasatan lanjut.

“Polis akan memanggil ibu bapa remaja terbabit bagi mengetahui bagaimana dia dapat memandu kenderaan berkenaan tanpa pengawasan penjaga.

“Hasil siasatan awal mendapati remaja itu seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Zaidy mengesahkan mangsa yang maut Cinglowpa, 20 tahun, merupakan warganegara Myanmar.

Terdahulu media melaporkan sebuah kenderaan MPV merempuh dua pemotong rumput sehingga menyebabkan kematian sementara salah seorangnya mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan patah bahu.

Pemandu MPV itu dipercayai hilang kawalan semasa memandu sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh dua batang pokok dan mangsa yang sedang berehat di bahu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: Pemotong Rumput Maut Dirempuh MPV Dipandu Remaja 16 Tahun Di Sungai Petani -

  2. Pingback: POLIS BEBASKAN PELAJAR SEKOLAH REMPUH PEMOTONG RUMPUT SEHINGGA MAUT – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading