Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LELAKI HILANG DI SUNGAI TERENGGANU DITEMUKAN LEMAS

DALAM NEGARA

REMAJA LELAKI HILANG DI SUNGAI TERENGGANU DITEMUKAN LEMAS

KUALA BERANG: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Terengganu, dekat Kampung Dusun di sini, Jumaat lepas ditemukan lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata mayat mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, ditemukan terapung di sungai berhampiran Kampung Temir oleh orang awam kira-kira 1.05 tengah hari tadi.

“Mayat ditemukan oleh orang awam yang kebetulan melalui sungai itu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua anggota keselamatan termasuk bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading