Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAN SUSPEK KES CULIK ALBERTINE LEO DISAMBUNG ENAM HARI

DALAM NEGARA

REMAN SUSPEK KES CULIK ALBERTINE LEO DISAMBUNG ENAM HARI

Tempoh reman disambung bermula esok hingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Reman seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes culik kanak-kanak perempuan Albertine Leo Jia Hui, 6, disambung enam hari lagi.

Perintah sambung reman terhadap suspek lelaki berusia 31 tahun itu dibenarkan Majistret Noorfazlin Hamdan di sini hari ini.

Tempoh reman disambung bermula esok hingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada 8.50 pagi dengan baju lokap ungu dan tangan bergari, sambil dikawal rapi oleh anggota polis.

Sebelum itu, Ketua Polis Johor CP M Kumar dilaporkan memohon sambungan reman terhadap suspek lelaki tempatan itu bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek yang ditangkap bersama mangsa di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan sebelum ini dilaporkan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kanak-kanak berkenaan yang disedari hilang oleh bapanya pada 8.30 malam, 20 Julai, di sebuah pusat beli-belah.

Kanak-kanak itu ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali pada 4.45 pagi, 23 Julai lepas dan polis turut menahan seorang lelaki yang dijumpai bersama mangsa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading