DALAM NEGARA
SAARANI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MB PERAK PETANG INI
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini.
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini.

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Negara Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini selepas kesemua wakil tertinggi parti negeri selesai menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di sini tengah hari tadi.
Beliau berkata Saarani yang mewakili Barisan Nasional (BN) bersama Naib Pengerusi DAP Perak Dr Aziz Bari, mewakili Pakatan Harapan (PH) menyembahkan kepada Sultan Nazrin berkaitan persetujuan kedua-dua pihak untuk membentuk kerajaan selepas gabungan itu memperoleh 33 kerusi.
Menurut Mohd Annuar, Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Pesuruhjaya PAS negeri Razman Zakaria dan Setiausaha Bersatu Datuk Zainol Fadzi Paharudin pula memaklumkan mereka hanya mempunyai 26 kerusi yang tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan negeri.
“Oleh kerana wakil-wakil daripada PN tidak menentang, tiada pertikaian, maka baginda berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh wakil BN dan juga wakil PH iaitu mereka hanya mengemukakan satu calon tunggal sebagai Menteri Besar daripada kedua-dua belah pihak iaitu Kota Tampan Datuk Seri Saarani,” katanya di pekarangan Istana Kinta.
Mohd Annuar berkata berikutan terdapat persefahaman dan kepentingan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) segera bersidang bagi meluluskan belanjawan, Sultan Nazrin memperkenan supaya istiadat angkat sumpah menteri besar dilaksanakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 5.30 petang ini.
PH dan BN hari ini bersetuju untuk bersama-sama membentuk kerajaan Perak selepas masing-masing mendapat 24 dan sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi.
Saarani yang merupakan Pengerusi BN Perak dan Pengerusi UMNO Perak dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan sejak 2004 dan dilantik menjadi Menteri Besar Perak ke-14 sejak 10 Dis 2020.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak dari 2018 hingga 2020.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Saarani mendapat 5,468 undi menewaskan Mohd Jamil Yahya (PN) dan Mohd Sabri Abdul Manaf (PH).
Kerajaan Perak sebelum ini dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu BN, Bersatu dan PAS. – AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Penggunaan aset khas itu membolehkan proses pemindahan dilaksanakan dengan selamat dan lancar memandangkan kedua-dua pesakit memerlukan...
Kerajaan Persekutuan terus mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan akan...
Pemandu lelaki berusia 19 tahun yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan lima nyawa di Jalan Renggam–Simpang Renggam...
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 8.45 pagi disambut dengan nyanyian lagu Negaraku serta 21...
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan esok untuk memberi laluan kepada...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.