Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SABARI DIPERCAYAI DIBUNUH, MAYAT DICAMPAK KE DALAM SUNGAI PADANG TERAP

DALAM NEGARA

SABARI DIPERCAYAI DIBUNUH, MAYAT DICAMPAK KE DALAM SUNGAI PADANG TERAP

Misteri kehilangan pesara Felcra Sabari Baharom, 62, di Baling sejak 4 Sept lepas terjawab apabila polis mengesahkan mangsa telah dibunuh sebelum dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Jitra.

ALOR SETAR: Misteri kehilangan pesara Felcra Sabari Baharom, 62, di Baling sejak 4 Sept lepas terjawab apabila polis mengesahkan mangsa telah dibunuh sebelum dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Jitra.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata pihaknya menahan dua suspek berusia 26 dan 38 tahun Jumaat lepas, yang disyaki telah mencampak mangsa ke dalam sungai dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

“Kes orang hilang ini berjaya diselesaikan dan siasatan dilanjutkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan sehingga kini, mayat mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari mangsa diteruskan oleh polis serta agensi lain.

“Polis telah memaklumkan perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa. Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bekas pegawai kewangan itu hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Baling menaiki kereta jenis Proton Waja.

Kehilangan Sabari disedari anggota keluarga selepas telefon bimbitnya gagal dihubungi selain terdapat beberapa transaksi pengeluaran wang daripada akaun bank milik mangsa yang dikesan dilakukan dua hari selepas kehilangan beliau.

Kereta pesara itu pula ditemukan dalam keadaan hangus di Belantik, Sik namun tiada kelibat Sabari di dalam kenderaan tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading