SAKIT JANTUNG, PEMERGIAN ABANG INSPIRASI DR MARZANI GENGGAM PHD
Berbekalkan semangat tinggi dan motivasi keluarga, Dr Marzani Mohammad Yusop yang menghidap penyakit jantung berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini.
SERDANG: Berbekalkan semangat tinggi dan motivasi keluarga, Dr Marzani Mohammad Yusop yang menghidap penyakit jantung berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini.
Anak kelahiran Taiping, Perak berusia 45 tahun itu berkata beliau menghidap penyakit jantung pada awal Disember 2019 dan susulan itu doktor memasang sten jantung sebagai prosedur kesihatan selain melakukan pemeriksaan kesihatan berkala di Institut Jantung Negara (IJN).
Di sebalik masalah kesihatannya, anak kedua daripada enam adik-beradik itu juga menanggung kesedihan susulan kehilangan abang sulung akibat penyakit jantung pada 1 Okt 2019.
“Kehilangan abang memberi kesan mendalam kepada saya dan keluarga sehinggakan tidak bermotivasi untuk meneruskan pengajian PhD saya dalam bidang Kesihatan Awam.
“Arwah abang amat inginkan adik-adiknya belajar hingga peringkat tertinggi dan mahu seorang daripada kami mempunyai pangkat Dr (PhD). Abang saya tidak sempat untuk tengok kejayaan saya hari ini,” katanya yang kelihatan sebak ketika berkongsi kisah abangnya kepada Bernama.
Marzani berkata bagaimanapun beliau bangkit daripada kesedihan itu dengan menjadikan arwah abangnya sebagai motivasi utama selain sokongan berterusan daripada anggota keluarga dan penyelia pengajiannya.
Bapa kepada empat cahaya mata itu kini berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak.
“Pesanan saya kepada anak muda yang sedang belajar, jangan mudah putus asa walau apa pun cabaran mendatang. Jatuh sekali pastikan bangunlah berkali-kali, insya-Allah ada sinar di hujung terowong,” katanya.
Sementara itu, penerima PhD dalam bidang Agronomi, Dr Lee Kwee Tiong, 63, berkata beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi kerana berasa bosan di rumah selepas bersara.
Lee yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pertanian di FELCRA Berhad pada tahun 90-an dan Ketua Sumber di Khazanah Nasional Berhad berkata beliau berasa tidak produktif dengan hanya berada di rumah selepas persaraannya selain tiada aktiviti lain untuk dibuat.
“Saya memulakan PhD pada 2015 dan bertekad untuk menamatkan pengajian di peringkat ijazah hingga PhD. Saya hanya berfikir untuk melancong ke luar negara selepas ini,” katanya yang memiliki tiga anak dan dua cucu.
Sidang kedua konvokesyen yang bermula Sabtu lepas hingga 2 Dis ini menyaksikan seramai 5,688 graduan pelbagai program pengajian menerima ijazah dan diploma masing-masing.–AlHijrsh Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked