Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT LELAKI DITAHAN JADI BOOKIE PERTARUHAN PIALA DUNIA

DALAM NEGARA

EMPAT LELAKI DITAHAN JADI BOOKIE PERTARUHAN PIALA DUNIA

Empat lelaki warga tempatan disyaki menjadi bookie pertaruhan judi Piala Dunia Qatar ditahan dalam Ops Soga di sebuah kediaman di Taman Bukit Maluri, Kepong pada Sabtu lepas.

KUALA LUMPUR: Empat lelaki warga tempatan disyaki menjadi bookie pertaruhan judi Piala Dunia Qatar ditahan dalam Ops Soga di sebuah kediaman di Taman Bukit Maluri, Kepong pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai dalam kenyataan berkata hasil siasatan mendapati kegiatan itu berselindung di sebalik rumah kediaman dan dipercayai beroperasi sejak sebulan lepas.

Beliau berkata polis turut merampas antaranya telefon bimbit, modem, tablet dan komputer riba dalam operasi pada 10.15 malam itu.  

Beh berkata kesemua suspek berusia antara 40 hingga 48 tahun itu, kini direman tiga hari hingga esok (29 Nov) bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menguruskan aktiviti perjudian dalam talian serta Seksyen 6(3) dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak dan bermain judi dalam talian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading