Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HELIKOPTER POLIS TERHEMPAS DI INDONESIA: SATU MAYAT DITEMUKAN, 3 LAGI MASIH HILANG

DUNIA

HELIKOPTER POLIS TERHEMPAS DI INDONESIA: SATU MAYAT DITEMUKAN, 3 LAGI MASIH HILANG

Pasukan penyelamat menemukan satu mayat setakat ini dalam insiden helikopter polis terhempas di Kepulauan Bangka Belitung, sehari selepas pesawat itu terputus hubungan.

JAKARTA: Pasukan penyelamat menemukan satu mayat setakat ini dalam insiden helikopter polis terhempas di Kepulauan Bangka Belitung, sehari selepas pesawat itu terputus hubungan.

Helikopter itu membawa empat penumpang dan misi mencari masih diteruskan di pantai timur Pulau Belitung untuk mengesan mangsa yang masih hilang.

Pesawat itu berlepas pada Ahad dari wilayah Kalimantan Tengah menuju ke wilayah Kepulauan Bangka Belitung apabila ia terputus hubungan akibat cuaca buruk.

“Penyelamat menemukan mayat di perairan Manggar pagi ini,” kata jurucakap polis Bangka Belitung A. Maladi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata nelayan di kawasan itu menemukan tiga headrest dengan lambang pasukan operasi udara polis Indonesia pada Ahad petang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading