PETALING JAYA: Pembentukan Kabinet kerajaan perpaduan akan dibuat secepat mungkin selepas mengambil kira pandangan daripada semua parti dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata perkara itu harus diteliti memandangkan saiz Kabinet dalam kerajaan perpaduan akan dikecilkan.
“Seperti mana saya sebut, tidak seperti biasa, kerajaan perpaduan ini melibatkan lapan parti.
“Kalau dulu (kerajaan terdahulu) masuk (lantik) 50, 60 (ahli Kabinet) okay saja…tak cukup lagi, (lantik pula) duta dan penasihat khas. Saya tidak sanggup buat begitu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.
Mengenai kemungkinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menganggotai Kabinet, Anwar berkata: “Pandangan semua kita ambil kira dalam perbincangan, tetapi kita tahu dari segi undang undang, hanya setelah ada hukuman (apabila terbukti bersalah oleh mahkamah)… yang lain (tidak bersalah) itu kita boleh pertimbangkan,” katanya.
Mesyuarat itu adalah yang pertama selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, yang antara lain membincangkan perkembangan parti dalam PH pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Antara pemimpin utama PH yang hadir Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah Mohamad Sabu selain Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan wakil Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO).
Selain itu, Anwar menegaskan usul Undi Percaya terhadapnya tetap akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat pada 19 Dis ini, walaupun terdapat pemimpin PH berpandangan usul itu tidak perlu dibentangkan kerana tidak timbul isu keabasahan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sementara itu, beliau berkata mesyuarat hari ini antara lain membincangkan mengenai perkembangan semasa parti selepas berhadapan PRU-15, selain berkongsi hasil pertemuan khas beliau bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata mesyuarat itu turut membincangkan soal kos sara hidup, selain isu risiko banjir susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).
Selain itu katanya Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa polis diarah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah mengenai beliau.
“Anwar tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kritikan awam terhadapnya seperti memakai capal (ketika memulakan tugas di Pejabat Perdana Menteri), tapi we draw the line terhadap elemen-elemen fitnah, seperti tuduhan Anwar ejen Israel dan sebagainya… beliau (Perdana Menteri) telah meminta polis ambil tindakan,” katanya.
Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Khamis lepas dan memimpin kerajaan perpaduan yang dianggotai PH yang mempunyai 82 kerusi, diikuti BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta parti-parti lain.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.