SAMBUTAN AIDILFITRI SURAM, 300 KELUARGA MUKIM TELIPOT BERDEPAN MASALAH BEKALAN AIR
Penghulu Muhd Zali Mat Daud, 57, berkata rata-rata penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting sahaja.
Penduduk Saufi Ariffin, 60, mengagihkan air ke dalam bekas simpanan untuk kegunaan keluarganya berikutan gangguan bekalan air ketika ditemui Bernama di Kampung Chengal Pulas hari ini. –fotoBERNAMA
PASIR PUTEH: Kira-kira 300 keluarga di Mukim Telipot di sini terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan ‘suram’ dan ala kadar berikutan gangguan bekalan air sejak Selasa lepas iaitu sehari sebelum lebaran.
Penghulu Muhd Zali Mat Daud, 57, berkata rata-rata penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting sahaja.
Beliau berkata anak-anak yang pulang dari perantauan untuk berhari raya bersama keluarga turut menanggung keperitan ketiadaan bekalan air.
“Masalah bekalan air di kampung ini memang sering berlaku, namun sehari sebelum hari raya hingga sekarang kami masih berdepan dengan masalah gangguan air.
“Oleh itu, semua persiapan raya banyak tergendala terutama untuk memasak juadah raya, malah tetamu yang hadir dihidangkan kudapan serta biskut raya yang dibeli sahaja dan rumah terbuka juga tidak dapat diadakan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Muhd Zali berkata Mukim Telipot merupakan kawasan yang agak tinggi menyebabkan kos untuk membina telaga tiub mencecah RM8,000 dengan anggaran kedalaman 25 meter.
Penduduk Kampung Chengal Pulas, Saufi Ariffin, 60, pula berkata beliau menyediakan kira-kira 20 tong hitam dan baldi bagi menyimpan bekalan air untuk kegunaan keluarga sepanjang Ramadan dan Syawal.
Beliau berkata semasa bulan puasa bekalan air diperolehi antara pukul 2 pagi hingga 6 pagi sahaja.
“Masalah air ini sangat membebankan kami, bukan hanya terpaksa sediakan bekas simpanan tetapi terpaksa berjaga malam mendapatkan bekalan air untuk kegunaan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Shahrul Hisyam Mahadi, 33, dari Kampung Wakaf Tukup berkata akibat bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) selalu mengalami gangguan, kebanyakan penduduk terpaksa mandi dan membasuh pakaian di Sungai Tengah terutama mereka yang tidak mempunyai telaga di rumah.
“Walaupun sungai semakin cetek kerana cuaca panas dan bimbang tahap kebersihannya tetapi itu sahaja alternatif yang kami ada setakat ini dan kami harap masalah bekalan air ini dapat ditangani dengan segera,” katanya.
Sebelum ini, AKSB dalam kenyataan memaklumkan beberapa pelan tindakan kesiapsiagaan bagi menjamin kelangsungan bekalan air di negeri itu agar tidak terjejas pada musim perayaan Aidilfitri. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked