SEBAHAGIAN KUTIPAN AAKRP DIGUNAKAN UNTUK PELAJAR PALESTIN DI MALAYSIA
Keputusan untuk memberikan sebahagian AAKRP kepada pelajar Palestin dibuat kerana mereka tidak mendapat pembiayaan daripada keluarga susulan konflik yang berlaku.
SEPANG: Sebahagian kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) akan digunakan untuk pelajar Palestin yang berada di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya semalam.
“Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri tadi nyatakan persetujuan untuk gunakan sebahagian daripada kutipan dibuat Kerajaan Malaysia dan Kementerian Luar (AAKRP) kepada pelajar-pelajar Palestin di Malaysia.
“Ini bagi membiayai sebahagian kos sara hidup mereka dan kos pengajian dan beberapa kos lain yang terlibat,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan di Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.
Tabung AAKRP diwujudkan susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini dengan kerajaan telah menyumbang RM10 juta dana awal tabung itu.
Pada 19 Okt lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kutipan tabung AAKRP yang dikendalikan Kementerian Luar kini berjumlah RM81 juta, menghampiri sasaran RM100 juta.
Ahmad Zahid berkata keputusan untuk memberikan sebahagian AAKRP kepada pelajar Palestin dibuat kerana mereka tidak mendapat pembiayaan daripada keluarga susulan konflik yang berlaku.
“(Ada) pembiayaan dari ibu bapa tidak sampai sama ada keluarga tidak ada sebab pengeboman atau disebabkan sistem hantar (wang) terputus,” katanya.
Beliau telah meminta Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali untuk mengemukakan senarai penuh pelajar Palestin di negara ini untuk membolehkan Kementerian Luar mengambil tindakan untuk menyalurkan bantuan.
Sementara itu, Walid yang hadir pada majlis itu turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi membantu memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked