More in VIRAL
-
DALAM NEGARA
BUAYA DIPERCAYAI MUNCUL DI BAGAN LALANG, ORANG RAMAI DIMINTA JAUHI PANTAI
Orang ramai dinasihatkan menjauhi persisiran Pantai Bagan Lalang selepas haiwan menyerupai buaya dilaporkan muncul berhampiran sebuah...
-
DALAM NEGARA
TULAR SEMBELIH AYAM: PREMIS TIADA SIJIL HALAL, PERNAH DIARAH TUTUP – JAKIM
Premis berkenaan telah diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 10 Oktober 2026 susulan...
-
DALAM NEGARA
JEJAK NAVIGASI: ANCAMAN SENYAP KESELAMATAN NEGARA
Data pergerakan yang dikumpulkan secara berterusan boleh memberi gambaran tentang rutin seseorang termasuk lokasi yang kerap...
-
DUNIA
MUFTI BANGLADESH MAUT DALAM SERANGAN LAPANGAN TERBANG RIYADH
Mufti dari Bangladesh, Sheikh Nasrullah Al-Badr dilaporkan meninggal dunia pada Ahad akibat kecederaan yang dialami dalam...
-
DUNIA
PENGGANTUNGAN OPERASI LAPANGAN TERBANG RIYADH DILANJUTKAN
Pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi pada Isnin melanjutkan penggantungan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh...

Selama ini, kita sentiasa dimomokkan dengan kisah sejadah sujud, sejadah berdiri dan pelbagai lagi kisah sejadah. Rata-rata melibatkan kisah misteri sejadah-sejadah di masjid atau surau. Belum lagi hal-hal tahyul dan khurafat berkaitan sejadah hitam.
Abaikan cerita misteri berkaitan sejadah. Hari ini, lebih hebat. Sejadah sudah boleh bercakap! Tetapi bukan hal-hal mistik tetapi hal fardhu ain; lebih tepatnya, hal solat.
Sajada, merupakan sejadah interaktif mengajar solat. Produk ini dikeluarkan khas untuk mengajar anak-anak solat dengan betul. Dicipta untuk menarik minat kanak-kanak seawal usia 4 tahun untuk mengenal dan mempraktikkan rukun Islam yang kedua itu. Sejadah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan mungkin juga di dunia.
Sajada didatangkan dengan Smart Panel yang turut dilengkapi kompas qiblat. Smart Panel memberi petunjuk kepada setiap rukun solat termasuk perkara sunat seperti doa iftitah dan bacaan surah selepas surah Al-Fatihah.
Anak-anak mudah hilang fokus ketika belajar, apatah lagi rakaat solat. Antara kelebihan lain yang ada pada Sajada ialah sistem kiraan rakaat. Sensor pula melengkapkan kelainan pada produk ini kerana mampu mengeluarkan bunyi jika anak-anak tersilap dalam rukun solat. Sajada merupakan kit belajar solat yang baik untuk kanak-kanak.
Video ini dihasilkan untuk mempromosi Sajada, telah mendapat 900 kongsian di laman Facebook dan sambutan hampir setengah juta penonton.
“Sejuk perut mak mengandungkan kau”, itu mungkin reaksi ibu bapa melihat anak-anak sudah pandai bersolat. Tetapi, itu bukan bermakna tanggung jawab mendidik itu diserahkan kepada sejadah itu semata-mata.
Lihat pula pada post Facebook terbaru dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau sempat merakam aksi anaknya solat bersama kawan-kawan yang datang beraya di rumah.
Pendidikan solat akan lebih interaktif jika ibu bapa turut berinteraksi dalam menegakkan tiang agama itu dalam hati anak-anak.
Kalau begini, baru sejuk perut mak kamu!!
