DR. AZIZAN & HIJRAH USAHAWAN KINI RATING NOMBOR SATU!


Dr. Azizan bukan lagi nama; pada era 5R (Rating, Revenue, Recovery, Reputation & Responsible) Dr. Azizan adalah satu jenama!
Manakan tidak – bermula sebagai anak muda yang muflis di ibu kota – Dr. Azizan Osman terpaksa balik kampung di Melaka. Disebabkan ayahnya meluat melihat Dr. Azizan asyik melangut di rumah, akhirnya satu keputusan nekad diambil.


Dr. Azizan mencari sebiji lori lalu menjalankan perniagaan paling stragik pada era kemelesetan ekonomi 1998. Waktu itu, permintaan kelapa sangat tinggi. Harga santan melambung, manakala kelapa muda mula popular di cafe dan restoran.
“Perniagaan kelapa sangat laku. Semua kelapa yang dikutip di sekitar Melaka dan Muar habis dijual. Tetapi saya bankrap sekali lagi. Konsep bagi dulu dan kutip hutang kemudian membuatkan buah kelapa sentiasa habis. Tapi duit hutang tak pernah dibayar!”
Ini memori unik; pahit getir masa lampau. Namun, Dr. Azizan menceritakannya dalam nada jenaka.


Dr. Azizan tidak patah semangat. Usahawan muflis ini bangkit memulakan beberapa lagi perniagaan. Namun, selama beberapa tahun selepas itu, perniagaannya tetap lingkup dan berakhir dengan lambakan hutang.
“Itu cara Allah ajar saya. Semua pengalaman menjadikan saya pandai dari hari ke hari,” ceritanya.


Kini Dr. Azizan bukan lagi satu nama. Kini sebut saja nama ini – satu Malaya dan Borneo tahu, dia seorang profil yang hebat.
Jangan tanya status Dr. Azizan. Cukup kita tahu, dibawah kejurulatihannya – Richworks syarikat miliknya kini, menjadi mentor kepada lebih 500 usahawan Islam yang memiliki pendapatan perniagaan melebih RM1 juta sebulan!


Manakala beribu-ribu lagi usahawan yang mengaut pendapatan sekitar RM200 ribu ke RM500 ribu sebulan.
Memandangkan teknik perniagaan Dr. Azizan sangat menitik beratkan nilai agama sebagai asas untuk berjaya, TV Alhijrah berkolaborasi dengan Richworks menerbitkan program Hijrah Usahawan Dr. Azizan.


Program kejurulatihan perniagaan ini diadakan secara percuma. Seribu hingga 3 ribu peserta diterima tanpa caj untuk mendengar kuliah bimbingan asas keusahawanan selama 5 jam.
Memang Dr. Azizan satu jenama!
Siaran episod pertama pada Jumaat 15 Julai lalu pada 9.30 malam terus meletup. Hijrah Usahawan kini program rating nombor satu TV Alhijrah.


Malam ini Hijrah Usahawan akan kembali dengan episod kedua. Rakaman kuliah secara live di depan 1500 peserta di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur.
Episod kedua eksklusif dengan silibus berkaitan Mentaliti, Ilmu & Persediaan serta Doa & Sangka Baik Terhadap Allah.
Bagi usahawan Islam di seluruh negara, serta penonton yang mahukan tips untuk meningkatkan daya saing diri dan peluasan minda niaga – Dr. Azizan pasti membantu anda!
Saksikan Hijrah Usahawan Jumaat 9.30 malam di TV Alhijrah.

Leave a Reply