Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKOLAH TUTUP DUA HARI JIKA SATU KES COVID-19 DILAPORKAN

DALAM NEGARA

SEKOLAH TUTUP DUA HARI JIKA SATU KES COVID-19 DILAPORKAN

(GAMBAR OLEH: Mohd RASFAN / AFP)

KUALA LUMPUR: Mana-mana sekolah yang melaporkan satu kes positif COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari.

Arahan yang berkuatkuasa pada Rabu itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Lapor Astro Awani yang memetik laporan Sin Chew Daily, Dr Hang Soon berkata pelajar yang terjejas dengan penutupan sekolah berkenaan akan beralih ke pembelajaran dalam talian sehingga kelas fizikal disambung semula.

“Keputusan yang berkuat kuasa pada Rabu itu akan memberi kuasa kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan notis memaklumkan ibu bapa mengenai penutupan sekolah apabila terdapat kes positif COVID-19,” katanya pada Rabu.

Langkah tersebut juga katanya bagi mengekang penularan COVID-19 di sekolah.

Katanya penutupan sekolah juga akan memberi ruang proses sanitasi secara menyeluruh selain mengurangkan kebimbangan ibu bapa, guru dan murid.

Keputusan penutupan sekolah selama dua hari dibuat semasa mesyuarat menteri peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin semalam.

Tempoh penutupan sekolah yang lebih panjang jelas Dr Hang Soon akan dinilai pejabat kesihatan daerah yang melakukan tinjauan di sekolah terbabit selain penilaian oleh Majlis Keselamatan Negara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading