Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKURANG-KURANGNYA LAPAN WARTAWAN TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL DI GAZA

DUNIA

SEKURANG-KURANGNYA LAPAN WARTAWAN TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL DI GAZA

GAZA: Sekurang-kurangnya lapan wartawan terbunuh dan dua lagi hilang selepas serangan udara Israel ke atas Gaza, menurut pejabat akhbar Palestin pada Rabu, lapor agensi Anadolu.

Sementara itu, rumah tiga wartawan musnah dan sekurang-kurangnya 40 pejabat media dikatakan menjadi sasaran serangan udara.

Angka kematian rakyat Palestin di Gaza telah meningkat kepada 974 apabila tentera Israel menyerang ratusan sasaran di kawasan perumahan dan kawasan komersial, kata Kementerian Kesihatan pada Rabu.

Serangan itu juga mencederakan 5,000 orang.

Israel juga telah memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan itu.

Semenanjung Gaza yang mempunyai penduduk hampir 2.2 juta orang, bergolak ekoran pengepungan Israel sejak 2007. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading