Jianguo (duduk, empat kiri) menerima kunjungan delegasi media dari Malaysia dan Indonesia ke Beijing serta Xinjiang, ASEAN Elite China Tour 2019, semalam.
BEIJING – Kerajaan China bertegas akan menyelesaikan isu ekstremisme di Xinjiang mengikut caranya tersendiri.
Mempertahankan tindakan mewujudkan pusat latihan vokasional di wilayah itu, Timbalan Menteri Jabatan Publisiti Pusat (Peringkat Kementerian), Jiang Jianguo berkata, usaha itu berjaya memerangi keganasan, menamatkan penyebaran fahaman ekstremisme dan memastikan kestabilan sosial di Xinjiang.
“Membangunkan kem ini juga mengelak dari berlaku pemisahan dalam kalangan golongan minoriti termasuk etnik Muslim wilayah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan delegasi media dari Malaysia dan Indonesia ke Beijing serta Xinjiang, ASEAN Elite China Tour 2019, anjuran kedutaan negara itu di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Biro Hal Ehwal Hak Asasi Manusia Jabatan Publisiti Pusat, Zuo Feng.
Jianguo berkata, usaha kerajaan serantau itu tidak berkecuali bagi meningkatkan sumber pendapatan penduduk.
Membidas
desakan Turki supaya China menutup pusat latihan vokasional yang
didakwa sebagai kem tahanan beliau berkata, Turki percaya mereka
mempunyai hubungan dengan Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur atau penduduk
di sana, tetapi sebaliknya.
“Saya rasa ia pemahaman terpesong negara yang hilang status sebagai negara besar. Negara yang menuduh China itu sendiri multietnik dan berdepan masalah pengganas dan ekstremisme,” katanya.
Beliau berkata, desakan Turki tidak wajar
dan keputusan membuka atau menutup pusat latihan vokasional di Xinjiang,
bukan di tangan negara itu.
Katanya, Kerajaan China akan membuat keputusan tepat, sama ada meneruskan atau menutup pusat itu berdasarkan situasi semasa.
Mengulas
lanjut mengenainya, beliau berkata, pusat latihan vokasional dan
sekolah kemahiran dibuka di Xinjiang bagi membendung dan menangani
penularan fahaman ekstremis.
“Saya tiada bilangan tepat berapa
pusat dan sekolah yang ada namun ia dibuka secara berperingkat mengikut
keperluan serta akan ditutup selepas tamat latihan.
“Semua
program latihan ini tiada kaitan dengan kumpulan etnik, kepercayaan
agama dan bukan melibatkan masyarakat Muslim sahaja,” katanya.
Sebaliknya
beliau menjelaskan, program ini hanya melibatkan individu yang terlibat
dengan aktiviti pengganas tetapi masih di peringkat awal.
“Selain
itu, pelatihnya juga terdiri daripada mereka yang dipaksa melibatkan
diri dalam aktiviti pengganas tetapi sudah insaf dan memilih untuk
menyertai program ini.
“Kategori ketiga adalah mereka yang
dipenjarakan kerana terlibat dalam aktiviti pengganas, tetapi sudah
dibebaskan namun masih ada kecenderungan untuk terjebak semula,”
katanya.
Jianguo berkata, pelatih diterapkan penggunaan bahasa Mandarin dalam percakapan dan penulisan.
Katanya, ia bagi menyelesaikan masalah komunikasi dan memudahkan mereka mendapat pekerjaan.
Selain
itu katanya, penekanan mengenai undang-undang Kerajaan China
membolehkan mereka membezakan baik dan buruk setiap tindakan.
Menurutnya, kemahiran vokasional pula memastikan pelatih dapat menguasai dua atau tiga kemahiran demi masa depan mereka.
Menjelaskan
tujuan pusat itu dibuka, beliau berkata, kerajaan mahu memberikan
gambaran jelas tentang kesilapan keganasan dan pelampau agama dalam
kalangan pelatih.
Katanya, kerajaan juga ingin membantu penduduk di Xinjiang mendapat pekerjaan dan keluar dari kemiskinan.
“Program yang dilaksanakan membantu pelatih kembali kepada kehidupan normal.
“Matlamat ini berjaya dicapai dan ada yang memperoleh pekerjaan serta kembali kepada keluarga dan masyarakat,” katanya.
Situasi di Xinjiang kini kembali normal berbanding dua tahun lalu yang tidak selamat dikunjungi.
“Sudah
25 bulan tiada aktiviti atau kes pengganas dan keselamatan sosial
ditingkatkan serta masalah jenayah dan sosial juga menurun.
“Perpaduan
antara etnik semakin baik dan jumlah pelancong asing juga meningkat.
Pembangunan ekonomi pula memberansangkan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih dalam menangani isu di Xinjiang.
Dalam
pada itu, mengulas mengenai laporan negatif media barat mengenai
Xinjiang, beliau berkata, kebanyakkannya bukan berdasarkan interaksi
dengan kerajaan China atau penduduk sendiri.
Katanya, fakta ditokok tambah dan gambaran salah diberikan serta menyimpang dari keadaan sebenar.
“China adalah negara multietnik dengan 56 kumpulan etnik tinggal dalam satu negara.
“Terdapat banyak agama dianuti dan semua agama utama di dunia wujud di negara ini sejak dahulu lagi.
“Kerajaan
juga mempunyai polisi khusus untuk kumpulan etnik minoriti dan
institusi yang solid bagi pembangunan seimbang serta sama rata,”
katanya.
Malah katanya, berdasarkan analisis organisasi antarabangsa, China merupakan negara paling stabil dan selamat di dunia.
Menafikan wujud sekatan beragama, beliau berkata, rakyat bebas menganuti agama yang dipilih.
Katanya,
China dikelilingi beberapa negara Islam, justeru terdapat polisi jangka
panjang berhubung negara Islam dan populasi penduduk Muslim yang
digubal berdasarkan respons positif parti berkaitan.
Jianguo berkata, di daerah yang tertumpu populasi Muslim misalnya di Xinjiang, isu perpaduan antara kumpulan etnik dan agama berbeza sentiasa diberi perhatian oleh semua pihak. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager