SEMENANJUNG GAZA BAGAIKAN NERAKA BAGI IBU HAMIL DAN ANAK KECIL
KUALA LUMPUR: Tanggal 8 Mac, di saat dunia meraikan Hari Wanita Sedunia, wanita di Gaza terus menderita, dihimpit berbagai rintangan ekoran serangan tanpa henti tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza yang kini memasuki bulan kelima.
Bayi dan kanak-kanak Gaza berdepan risiko kematian ekoran ketiadaan makanan asasi yang mencukupi seperti air dan makanan. — Bernama
KUALA LUMPUR: Tanggal 8 Mac, di saat dunia meraikan Hari Wanita Sedunia, wanita di Gaza terus menderita, dihimpit berbagai rintangan ekoran serangan tanpa henti tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza yang kini memasuki bulan kelima.
Menurut perangkaan daripada Kementerian Luar Palestin pada Khamis, seramai 8,900 mangsa daripada keseluruhan angka korban yang kini mencecah lebih 30,000 terdiri kaum wanita manakala 12,750 lagi kanak-kanak.
Seorang penduduk Gaza, Ahmad, 31, menyifatkan keadaan yang dilalui sekarang umpama neraka terutama bagi ibu hamil dan kanak-kanak.
Ahmad berkata pada Disember lepas, beliau dan isterinya Asma Ahmad yang ketika itu hanya menghitung hari untuk bersalin terpaksa melarikan diri dengan sehelai sepinggang.
Merka terpaksa meninggalkan rumah mereka yang terletak di utara Semenanjung Gaza apabila kawasan perumahan dibedil tentera Zionis Israel.
Mengimbau detik cemas sambil berkongsi detik mencemaskan itu kepada Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), Ahmad berkata: “Saya sangat bimbangkan keselamatan bayi saya. Saya sangka ajal kami sudah tiba”.
Ahmad terpaksa membawa isteri meredah sisa konkrit di tengah kegelapan malam dengan berpandukan cahaya letupan bom sebelum bertemu petugas perubatan dan dibawa ke sebuah sekolah yang menjadi tempat mereka berlindung sehingga sekarang.
Pada malam itu juga isterinya bersalin dan pasukan perubatan bertungkus-lumus membantu proses kelahiran bayi sulungnya dengan bantuan cahaya telefon bimbit masing-masing.
Mereka memotong tali pusat bayi yang diberi nama Faraq itu dengan gunting biasa yang ditemukan di situ dan tanpa disteril.
“Sudahlah larut malam, rejim Zionis pula terus mengganas. Mereka menembak apa saja yang bergerak di jalanan pada waktu itu. Jadi kami tidak dapat membawanya ke hospital,” kata Barra’ Jabir, jururawat yang menyambut kelahiran bayi itu yang kini sudah berusia empat bulan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 52,000 wanita hamil di Gaza terdedah kepada risiko susulan sistem kesihatan yang lumpuh akibat serangan berterusan Israel.
Bayi dan kanak-kanak juga berdepan risiko kematian ekoran ketiadaan makanan asasi yang mencukupi seperti air dan makanan.
Ibu hamil juga mengalami tekanan perasaan seperti dialami Malak Syubat, 21, yang mencari tempat berlindung di bandar Rafah, selatan Gaza setelah beberapa kali berpindah-randah.
“Saya sangat risau untuk melahirkan anak dalam suasana getir di sini,” katanya yang sedang sarat mengandung.
Serangan Israel sejak 7 Okt tahun lalu mengorbankan 30,717 orang dan menyebabkan 72,156 cedera manakala ribuan yang lain tertimbus di bawah runtuhan bangunan selain kemusnahan teruk kemudahan kritikal termasuk hospital dan kekurangan ubat-ubatan.
Dianggarkan 71 peratus penduduk Semenanjung Gaza kini diancam krisis kebuluran manakala 98 peratus lagi tidak mempunyai makanan yang mencukupi, menurut pertubuhan hak asasi manusia Euro-Mediterranean. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked