SEMUA PELATIH PLKN IKUTI MODUL LATIHAN SAMA – KP JLKN
Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan yang sama, meskipun mereka ditempatkan di dua kem berbeza mengikut jantina.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran bercakap kepada media pada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah hari ini.
Sesi latihan kali ini membabitkan 200 pelatih wanita yang akan mengikuti program itu di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini manakala 350 pelatih lelaki ditempatkan di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan yang sama, meskipun mereka ditempatkan di dua kem berbeza mengikut jantina.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Mejar Jen Datuk Ya’cob Samiran berkata pelatih lelaki yang ditempatkan di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang akan menjalani latihan yang sama seperti pelatih wanita di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini.
“Tiada perbezaan dari segi kandungan modul latihan. Jika ada perbezaan pun, ia hanya melibatkan kemampuan fizikal dan tahap kesihatan pelatih masing-masing.
“Latihan fizikal juga akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tahap kesukaran dan kemampuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses pendaftaran pelatih wanita di Kem 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata walaupun struktur asas modul latihan dikekalkan, beberapa penambahbaikan telah dilakukan berbanding modul yang digunakan oleh pelatih PLKN 3.0 Siri 1/2025.
“Modul latihan masih mengekalkan 70 peratus latihan asas ketenteraan dan 30 peratus komponen kenegaraan, namun terdapat sedikit penambahbaikan dari segi pelaksanaannya, khususnya dalam bentuk amali,” katanya.
Mengulas mengenai proses pendaftaran hari ini, Ya’cob berkata seramai 550 pelatih, terdiri daripada 350 pelatih lelaki dan 200 pelatih wanita, dijangka menyertai PLKN kali ini yang berlangsung selama 45 hari bermula hari ini hingga 24 Jun.
Beliau menjelaskan bahawa proses pendaftaran dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari memandangkan masih terdapat pelatih yang memohon mendaftar lewat atas sebab tertentu seperti lokasi kem dan belum bersedia.
Menurutnya, JLKN turut menerima pelatih yang mendaftar secara sukarela, bergantung kepada kekosongan, dan setakat ini seramai 30 pelatih sukarela telah mendaftar.
Sebelum ini, seramai 116 pelatih PLKN 3.0 Siri 1/2025 berjaya menamatkan latihan selama 45 hari yang bermula pada 12 Jan hingga 25 Feb lepas di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini.
PLKN 3.0 siri pertama yang dilaksanakan selepas tujuh tahun dimansuhkan itu melibatkan 73 pelatih lelaki dan 43 pelatih wanita berusia antara 18 hingga 25 tahun.
Pelaksanaan semula program ini secara berperingkat bertujuan memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan belia Malaysia, selain membekalkan mereka dengan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran hidup. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager