Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
KUALA LUMPUR – Penyeragaman dan penyelarasan undang-undang jenayah
syariah di seluruh negara perlu diwujudkan untuk membuktikan keadilan Islam dan
memudahkan rakyat untuk mendapatkan keadilan di Mahkamah Syariah.
Selama ini, pelaksanaan undang-undang jenayah syariah adalah berbeza-beza
bagi setiap negeri, di mana kesalahan yang sama dikenakan hukuman berbeza
mengikut undang-undang yang diguna pakai bagi setiap negeri.
Hukuman minum minuman memabukkan di Selangor adalah denda tidak lebih RM 3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, manakala di Pahang lebih tinggi iaitu tidak melebihi RM 5,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, selain mempunyai hukuman tidak lebih enam rotan.
Undang-undang yang diguna pakai ialah Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1993,
manakala bagi negeri-negeri pula ialah Kaedah-kaedah atau Peraturan-peraturan
Peguam Syarie yang dibuat melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri
atau Enakmen Mahkamah Syariah Negeri-negeri.
Ini berikutan doktrin Persekutuan yang diamalkan, di mana kuasa tertentu diberi kepada negeri-negeri, termasuk pentadbiran Islam yang bernaung di bawah kuasa sultan dan Raja-raja Melayu.
Bagi mengatasi keadaan yang menyebabkan sering berlakunya kekeliruan ini, kerajaan bersetuju menggubal Rang Undang-undang Prosesion Guaman Syarie Wilayah Persekutuan yang telah dibuat bacaan pertama dan kedua pada Selasa dan Khamis lalu.
Jika tiada halangan, ia dijangka dapat direalisasikan penghujung tahun
depan, nyata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof ketika
ditemubual Sinar Harian, hari ini.
Menurut Mujahid, penyeragaman ini penting untuk dilaksanakan atas beberapa sebab iaitu untuk menunjukkan keadilan Islam, iaitu masih wujud kesatuan dalam pelaksaaan keadilan melibatkan undang-undang jenayah syariah walaupun setiap negeri ada kuasa masing-masing.
Suatu pendekatan melalui ‘road map’ akan disediakan bagi memudahkan proses penyeragaman ini kerana Persekutuan tiada kuasa untuk campur tangan dalam undang-undang di peringkat negeri.
Semua libat urus bermula dengan pihak negeri, pemegang taruh di negeri-negeri dan Majlis Agama Islam serta Majlis Raja-Raja akan dibuat sehingga ia dapat diterima secara konsensus.
‘Road map’ ini juga akan membawa kepada persediaan untuk dibentangkan
di Parlimen pada penghujung 2020 sebagai akta yang telah diharmonikan.
Beliau juga optimis apabila penyeragaman melalui akta di Wilayah Persekutuan berjaya, negeri-negeri juga akan bersetuju mengikut jejak langkah itu setelah melihat kebaikan hasil penyeragaman itu.
Namun beliau menegaskan prosedur ini dibuat tanpa membelakangkan raja-raja.
Mujahid juga melalui bahagian undang-undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membuat kajian bagi menghasilkan model terbaik, dengan mengambil keistimewaan setiap negeri, dan menyebut Terengganu sebagai model terbaik untuk rujukan kes jenayah ‘musahaqah’.
Beliau juga mencadangkan kaedah bersifat memulihkan atau rehabilitatif bagi
penghukuman di bawah undang-undang jenayah syariah seperti memberi ruang untuk
bon berkelakuan baik, kerja-kerja sosial dan hukuman yang menyedarkan pesalah.
Perkara ini memerlukan kebijaksanaan dan budi bicara hakim untuk
menilai setiap kesalahan itu. Namun konsep pemulihan ini tidak bermaksud semua
kesalahan akan dilepaskan, tegas Mujahid.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests