Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SERANGAN ISRAEL KE ATAS IRAN: AS MAKLUM TIDAK TERBABIT, AKUI SUDAH DIMAKLUM AWAL

DALAM NEGARA

SERANGAN ISRAEL KE ATAS IRAN: AS MAKLUM TIDAK TERBABIT, AKUI SUDAH DIMAKLUM AWAL

Rumah Putih juga mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden telah diberi taklimat mengenai serangan itu dan menyatakan bahawa Washington menyedari “serangan yang disasarkan terhadap sasaran ketenteraan di Iran” sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu balistik Iran ke atas Israel pada 1 Oktober.

Joe Biden (AFP)

WASHINGTON: Washington telah dimaklumkan terlebih dahulu tetapi tiada penglibatan Amerika Syarikat (AS) dalam serangan Israel ke atas Iran, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik seorang pegawai pertahanan Amerika lewat Jumaat.

Rumah Putih juga mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden telah diberi taklimat mengenai serangan itu dan menyatakan bahawa Washington menyedari “serangan yang disasarkan terhadap sasaran ketenteraan di Iran” sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu balistik Iran ke atas Israel pada 1 Oktober.

“Kami faham bahawa Israel sedang melakukan serangan yang disasarkan terhadap sasaran ketenteraan di Iran sebagai tindakan mempertahankan diri,” menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Sean Savett dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Israel pada awal Sabtu mengumumkan bahawa tenteranya melaksanakan “serangan tepat” ke atas “sasaran ketenteraan” di Iran, ketika letupan kedengaran di Tehran.

Agensi berita Syria SANA melaporkan letupan juga kedengaran di ibu negara Damsyik.

Tiada maklumat lanjut didedahkan setakat ini.

Televisyen Israel, KAN melaporkan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant berada di bangunan Kementerian Pertahanan semasa serangan berkenaan.

Dalam laporan petang yang berdasarkan sumber yang tidak dinamakan, KAN berkata Gallant dan Ketua Turus Am Herzi Halevi meluluskan rancangan untuk menyerang Iran, sementara menunggu keputusan daripada kerajaan.

Agensi Berita separa rasmi Iran Fars melaporkan bahawa Israel menyasarkan beberapa pangkalan tentera di barat dan barat daya Tehran.

Televisyen negara Iran turut mengesahkan laporan mengenai letupan di Tehran. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading