IRAN PINTAS SERANGAN UDARA ISRAEL, LAPOR KEROSAKAN TERHAD
Iran menyatakan bahawa serangan udara Israel yang menyasarkan pusat-pusat ketenteraan di Tehran, wilayah barat Ilam serta wilayah barat daya Khuzestan berjaya dipintas dan hanya menyebabkan kerosakan terhad.
KUALA LUMPUR: Iran menyatakan bahawa serangan udara Israel yang menyasarkan pusat-pusat ketenteraan di Tehran, wilayah barat Ilam serta wilayah barat daya Khuzestan berjaya dipintas dan hanya menyebabkan kerosakan terhad.
Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), Pusat Kawalan Pertahanan Udara Iran dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serangan udara Israel yang bermula sejurus selepas 2 pagi pada Sabtu telah berjaya ditangkis.
Menurut pusat kawalan itu, serangan udara berkenaan adalah sebahagian daripada langkah Israel yang semakin meningkat dan menyebabkan kerosakan terhad.
Kenyataan itu juga menggesa orang ramai untuk bertenang, mengekalkan perpaduan, dan hanya bergantung kepada berita daripada media kerajaan. Ia turut menyeru rakyat untuk tidak mempercayai khabar angin media musuh.
Israel pada awal Sabtu mengumumkan bahawa tenteranya melakukan “serangan tepat” terhadap “sasaran ketenteraan” di Iran, ketika letupan kedengaran di Tehran, lapor Agensi Anadolu.
Beberapa jam kemudian, tentera Israel mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan serangan udara yang disasarkan terhadap kemudahan ketenteraan Iran.
Terdahulu, IRNA melaporkan bunyi yang menyerupai letupan kedengaran di beberapa bahagian negara itu, khususnya di barat ibu negara, sekitar 2.15 pagi waktu tempatan.
Sistem antipeluru berpandu Iran diaktifkan sekali lagi di beberapa kawasan timur dan tengah kira-kira dua setengah jam kemudian sebagai tindak balas kepada serangan baharu. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests