Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan lori dan kereta Perodua Myvi di KM86 Jalan Gua Musang-Lojing semalam, selamat dikebumikan pagi tadi.
Empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 86 Jalan Gua Musang-Lojing selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Payang Kayu hari ini.
Allahyarham Mohd Junaizi Jusoh, 48, isterinya, Shazwani Ismail, 39, anak mereka, Muhammad Fakrul Danish, 20, dan Farhana Ismail, 35, yang juga adik Shazwani dikebumikan dalam dua liang lahad.
Sumber Gambar: BERNAMA
KUALA BERANG: Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan lori dan kereta Perodua Myvi di KM86 Jalan Gua Musang-Lojing semalam, selamat dikebumikan pagi tadi.
Jenazah Mohd Junaizi Jusoh, 48, dikebumikan dalam satu liang lahad bersama anaknya Muhammad Fakrul Danish, 20, manakala isteri Mohd Junaizi, Shazwani Ismail, 39, dikebumikan bersama adiknya Farhana Ismail, 35, dalam satu liang pada 9.38 pagi tadi.
Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Payang Kayu di sini dengan kehadiran lebih 500 ahli keluarga, saudara-mara dan rakan termasuk dua anak Mohd Junaizi dan Shazwani iaitu Nur Jihan Irdina, 13, dan Nur Anis Zahra Nazihah,12.
Terdahulu, jenazah empat sekeluarga itu tiba di Masjid Kampung Payang Kayu di sini dari Hospital Gua Musang, Kelantan kira-kira 7 pagi dan selesai disolatkan pada 8 pagi.
Ibu kepada Shazwani dan Farhana, Hasmah Abu Bakar, 63, berkata dia tidak menyangka tindakan kedua-dua anaknya yang bersungguh-sungguh mengajaknya bercuti ke Cameron Highlands, Pahang menjadi petanda mereka akan pergi meninggalkannya.
“Shazwani nampak sangat teruja dan tidak sabar untuk tiba ke Cameron Highlands sehingga kami semua tidak singgah makan di mana-mana dan hanya makan roti di dalam kereta kerana mahu cepat sampai.
“Tetapi yang paling pelik ialah Farhana kerana selama ini kalau Kak Ngah dia (Shazwani) kata nak pergi Cameron Highlands, dia marah sebab selalu sangat pergi situ. Tetapi beberapa hari selepas diajak kakaknya, dia pun terus setuju,” katanya kepada pemberita.
Dia berkata rancangan percutian dua hari satu malam itu hanya dirancang oleh Shazwani pada Rabu lepas sebelum mereka sekeluarga bertolak kira-kira 8 pagi semalam dengan menaiki tiga kenderaan termasuk Perodua Myvi dipandu Farhana.
Selain empat sekeluarga itu turut maut pemandu lori G. Mageswara, 53.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo dilaporkan berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 11 pagi apabila lori dari arah Cameron Highlands menghala ke arah Lojing hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.
Nahas itu menyebabkan kereta dinaiki empat mangsa terbabit terhumban ke dalam gaung manakala lori terbalik di jalan raya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests