Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KIBAR BENDERA ASING: POLIS SAHKAN PENGANJUR LANGGAR SYARAT PERMIT, TERIMA 16 LAPORAN

DALAM NEGARA

KIBAR BENDERA ASING: POLIS SAHKAN PENGANJUR LANGGAR SYARAT PERMIT, TERIMA 16 LAPORAN

Pihak penganjur perarakan sambutan Guan Gong Sedunia di Menara Condong Teluk Intan, Khamis lepas didapati melanggar syarat permit kerana membenarkan warga asing turut serta dalam perarakan berkenaan.

IPOH: Pihak penganjur perarakan sambutan Guan Gong Sedunia di Menara Condong Teluk Intan, Khamis lepas didapati melanggar syarat permit kerana membenarkan warga asing turut serta dalam perarakan berkenaan.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata dalam syarat permit yang diluluskan pada 2 Okt itu, jelas melarang warganegara asing daripada menyertai perarakan berkenaan.

“Hasil semakan mendapati penganjur mempunyai permit polis yang telah diluluskan pada 2 Okt, bagaimanapun pihak penganjur didapati telah melanggar syarat permit yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azizi berkata setakat ini, pihak polis telah menerima 16 laporan berhubung kes berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana penganjur melanggar syarat permit dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mengibarkan bendera asing di tempat awam.

Semalam Azizi berkata seramai 16 warga China yang terlibat dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia dan mengibarkan bendera asing ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan telah diambil keterangan.

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun yang adalah pengiring kepada 16 orang warganegara China terlibat turut dirakam percakapan.

 “Kesemua warganegara China terlibat mengaku telah mengibar bendera negara China pada perarakan berkenaan,” katanya.

Azizi berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada pendakwa raya pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading