Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS DITEMUKAN MAUT DISYAKI DIBUNUH

DALAM NEGARA

WARGA EMAS DITEMUKAN MAUT DISYAKI DIBUNUH

Mayat seorang lelaki warga emas disyaki dibunuh ditemukan di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang di sini, semalam.

Sumber Gambar: BERNAMA

IPOH: Mayat seorang lelaki warga emas disyaki dibunuh ditemukan di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang, Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat penemuan mayat warga tempatan berusia 64 tahun itu pada pukul 6.13 petang daripada orang awam.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki itu ditemukan dalam keadaan terbaring, tanpa kesan kecederaan di tubuhnya dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata susulan itu seorang wanita tempatan berumur 24 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan dan perintah reman diperoleh selama seminggu ke atas suspek bermula hari ini.

“Wanita itu tiada rekod jenayah dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca serta suspek lain dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, ASP Sukjit Singh di talian 019-5505536 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading