Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SERANGAN KEJI ISRAEL DI KEM AL-MAWASI BUKTI ZIONIS ABAI, TIDAK HORMAT NYAWA MANUSIA – WISMA PUTRA

DALAM NEGARA

SERANGAN KEJI ISRAEL DI KEM AL-MAWASI BUKTI ZIONIS ABAI, TIDAK HORMAT NYAWA MANUSIA – WISMA PUTRA

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin, termasuk serangan udara pada 13 Julai di kem pelarian al-Mawasi yang meragut banyak nyawa tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan orang yang lain.


Antara mangsa serangan Zionis di Kem Pelarian Al-Mawasi – AFP

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin, termasuk serangan udara pada 13 Julai di kem pelarian al-Mawasi yang meragut banyak nyawa tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan orang yang lain.

Kementerian Luar juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan serangan keji dan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di kawasan yang ditetapkan oleh Israel sebagai zon selamat untuk rakyat Palestin, menunjukkan pengabaian dan tindakan tidak menghormati nyawa manusia.

“Ia juga bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang antarabangsa.

“Malaysia kekal dengan sokongan teguh terhadap rakyat Palestin dan menolak sekeras-kerasnya keganasan dan kekejaman yang berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra menekankan bahawa keganasan yang berterusan itu secara jelas melanggar Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2735 (2024) yang menyeru untuk menghentikan segera peperangan, melindungi penduduk awam dan memberi akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan di Gaza.

Ia seterusnya menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera dan tegas bagi mengakhiri keganasan Israel dan menuntut pemimpin-pemimpin Israel bertanggungjawab ke atas jenayah tidak berperikemanusiaan itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading