Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI DISYAKI DERA ANAK DIREMAN ENAM HARI

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI DISYAKI DERA ANAK DIREMAN ENAM HARI

Pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera anak perempuan dan lelaki mereka berusia enam serta tujuh tahun, direman enam hari mulai hari ini hingga 19 Julai.

Gambar hiasan.

CHUKAI: Pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera anak perempuan dan lelaki mereka berusia enam serta tujuh tahun, direman enam hari mulai hari ini hingga 19 Julai.

Perintah reman terhadap wanita berusia 26 tahun dan suaminya, 30, yang bekerja sebagai buruh itu dikeluarkan oleh Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan ketika dihubungi berkata reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis menahan kedua-duanya di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur dekat sini kira-kira 8 malam tadi kerana disyaki mendera dua anak mereka.

Tangkapan dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada saksi kejadian yang mendakwa mangsa disepak dan ditampar berkali-kali oleh suspek di hadapan rumah mereka.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan baharu dan lama pada kedua-dua mangsa yang kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading