SISTEM SUBSIDI DIESEL DITERUSKAN, DITAMBAH BAIK – PM ANWAR
Sistem subsidi diesel sedia ada diteruskan dan ditambah baik dengan memastikan kenderaan yang mendapatkan bekalan diesel dari stesen minyak atau tangki skid dilengkapi dengan sistem ‘fleet card’ untuk memantau penggunaan diesel dan mengelakkan ketirisan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA: Sistem subsidi diesel sedia ada diteruskan dan ditambah baik dengan memastikan kenderaan yang mendapatkan bekalan diesel dari stesen minyak atau tangki skid dilengkapi dengan sistem ‘fleet card’ untuk memantau penggunaan diesel dan mengelakkan ketirisan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sistem subsidi diesel negara harus diperbaiki berikutan tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion pada tahun lepas.
Menurutnya, semakan menunjukkan penggunaan diesel melonjak 37.7 peratus iaitu 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 8.4 bilion liter pada 2022, sedangkan jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanya meningkat 2.4 peratus iaitu dari 2.08 juta pada 2019 ke 2.13 juta pada 2022.
“Jadi ada masalah tentang salah guna, penyeludupan dan ketirisan. Ini disebutkan ketirisan RM10 billion.”
“Pemberian diesel subsidi itu diteruskan tetapi mesti melalui fleet card. Dengan cara ini kita dapat kesan siapa perlu boleh pakai, tapi jangan ambil diesel dan jual kepada kilang-kilang seperti mana berlaku sekarang,” kata beliau.
Beliau berkata kerajaan sedang memperincikan jenis-jenis kenderaan yang akan menikmati subsidi diesel.
“Kita sedang perinci kenderaan mana diperlukan dan sebagainya tetapi yang jelas subsidi diesel tidak dinaikkan.”
“Cuma kita nak tentukan yang berhak akan peroleh diesel subsidi. Kita tidak mahu, wang cukai dibayar untuk bantu rakyat tetapi diguna kartel-kartel seperti kartel-kartel minyak masak, digunakan untuk kepentingan segelintir kecil,” kata beliau.
Anwar berkata kerajaan telah melaksanakan program subsidi bersasar secara berperingkat bermula Januari 2023 apabila kerajaan tidak lagi memberikan subsidi penuh tarif elektrik kepada syarikat besar yang menggunakan tenaga elektrik pada tahap yang tinggi.
Beliau berkata pengurusan subsidi yang lebih bersasar dan mampan menjadi keutamaan dalam memastikan perbelanjaan kerajaan disalurkan kepada keperluan pembangunan yang dapat memberi nilai tambah lebih tinggi kepada ekonomi negara.
Sementara itu, Anwar berkata MTEN bersetuju Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan bertujuan mengabungkan sebanyak mungkin maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah untuk membantu kerajaan mengubal dasar dan menyasarkan subsidi.
Beliau berkata PADU akan membantu kerajaan memastikan sebarang program subsidi dilaksanakan dengan lebih teratur untuk mengelakkan sebarang keciciran dalam kalangan penerima isi rumah yang layak.
“Kekerapan dan ketepatan data adalah penting untuk membantu penggubalan dasar kerajaan yang dapat memenuhi keperluan dan keyakinan rakyat.”
“Isu berkenaan sekuriti data juga akan ditangani dan diutamakan, serta penyelarasan lebih baik untuk mengurangkan aspek pertindihan,” katanya dan menambah bahawa MTEN telah diarahkan untuk melihat keperluan penggubalan akta khusus untuk membolehkan inisiatif perkongsian data itu dapat diperkukuh. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests