Empat lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes tembak melibatkan kematian seorang lelaki di sekitar Bandar Kinrara, Puchong, di sini, pada Khamis lepas.
SERDANG: Empat lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes tembak melibatkan kematian seorang lelaki di sekitar Bandar Kinrara, Puchong, di sini, pada Khamis lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua suspek yang ditahan masing-masing berumur 30-an hingga 40-an itu kini direman hingga 18 Mei untuk membantu siasatan.
Beliau berkata polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes bunuh dan motif pembunuhan ini dipercayai berkaitan aktiviti gengsterisme dan dendam.
“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 31 tahun itu mempunyai sebilangan rekod jenayah dan terlibat dengan kegiatan gengsterisme.”
“Kami masih siasat dan pendekatan kita ada berkaitan dengan kegiatan gengsterisme yang mangsa terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan di Balai Polis Seri Kembangan, Serdang di sini hari ini.
Pada Khamis lepas, seorang lelaki yang memiliki 21 rekod jenayah maut ditembak dalam kejadian di Jalan Bandar 1, Puchong di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A. Anbalagan dilapor berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 12.35 tengah malam ketika mangsa sedang berjalan kaki menuju ke kenderaan selepas makan di medan selera berhampiran.
Sementara itu, seorang lelaki warga emas berusia 70-an yang ditemukan mati di dalam kenderaannya di Selayang lima hari lepas, Hussein berkata motif kejadian dipercayai disebabkan hutang oleh suspek yang ditahan.
“Suspek ada berhutang dengan si mati. Mereka kenal antara satu sama lain dan tinggal di kawasan berhampiran. Suspek juga dikatakan selalu meminjam wang si mati dan disyaki untuk perniagaan barangan kemas kecil-kecilan milik suspek.”
“Sebelum itu, suspek ada meminjam RM3,000. Pada hari kejadian, suspek ada bertemu dengan mangsa dan dipercayai berlaku perselisihan faham antara mereka sehingga menyebabkan suspek menikam mangsa menggunakan garfu,” katanya.
Pada Rabu lepas, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang warga emas yang mayatnya ditemukan berlumuran darah di dalam sebuah kereta di kawasan lapang berhadapan sebuah pusat beli-belah di Selayang, Jalan Selayang Baru.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests