KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP MURID 12 TAHUN: BEKAS GURU BAHASA ARAB DIPENJARA LAPAN TAHUN
Seorang bekas guru bahasa Arab mula menjalani hukuman penjara lapan tahun hari ini selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana melakukan kesalahan seksual fizikal terhadap seorang murid perempuan berumur 12 tahun pada 2018.
PUTRAJAYA: Seorang bekas guru bahasa Arab mula menjalani hukuman penjara lapan tahun hari ini selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana melakukan kesalahan seksual fizikal terhadap seorang murid perempuan berumur 12 tahun pada 2018.
Nor Azlam Ab Rahman, 43, juga akan menerima satu sebatan rotan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Mohamed Zaini Mazlan sebulat suara menolak rayuan Nor Azlam terhadap sabitan dan hukumannya selepas memutuskan rayuan itu tidak mempunyai merit.
Dalam penghakiman mahkamah, Hanipah berkata berdasarkan keseluruhan bukti, sabitan kesalahan Nor Azlam adalah selamat.
Beliau berkata Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa Nor Azlam gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam kes pendakwaan, sambil menambah bahawa tiada kesilapan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang memerlukan campur tangan rayuan.
Hakim itu berkata hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan yang dikenakan terhadap Nor Azlam oleh Mahkamah Sesyen adalah tidak keterlaluan.
Mahkamah kemudian mengeluarkan waran komital untuk Nor Azlam memulakan hukuman penjaranya mulai hari ini. Nor Azlam sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 sementara menunggu rayuannya selesai.
Pada 5 Okt 2019, Mahkamah Sesyen mendapati Nor Azlam bersalah kerana melakukan kesalahan seksual dengan menyentuh anggota badan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu dan telah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan. Mahkamah Tinggi menolak rayuannya pada 16 Mei 2022.
Mengikut kertas pertuduhan, Nor Azlam melakukan kesalahan itu di makmal sebuah sekolah rendah di Kota Bahru, Kelantan pada 2.30 petang pada 4 Ogos 2018.
Dia diwakili peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohammad manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked