Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KALIMAH ALLAH: KDN AKAN PERJELAS KEPUTUSAN TARIK BALIK RAYUAN

DALAM NEGARA

KALIMAH ALLAH: KDN AKAN PERJELAS KEPUTUSAN TARIK BALIK RAYUAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperjelaskan keputusan menarik balik rayuannya di mahkamah berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah, dalam masa terdekat.

Gambar ARKIB

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperjelaskan keputusan menarik balik rayuannya di mahkamah berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah, dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, nota pemakluman kepada Jemaah Menteri tentang keputusan kementeriannya itu telah dibuat beberapa bulan lalu.

Ujar Saifuddin seperti yang dilapor media, KDN dan kerajaan Malaysia memutuskan untuk menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah.

Ia juga termasuk tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Jelasnya, penarikan balik rayuan tersebut adalah keputusan KDN dan ia telah dimaklumkan kepada Kabinet melalui nota kepada Jemaah Menteri.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mengesahkan penarikan balik rayuan tersebut dan turut memaklumkan bahawa Mahkamah Rayuan telah merekodkan perkara itu.

Sebagai rekod, Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 memutuskan untuk membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon pengisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Susulan itu, KDN dan kerajaan ketika itu memfailkan rayuan terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan pada 15 Mac 2021.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading