BUBAR DUN: AMIRUDIN DIJANGKA MENGADAP SULTAN SELANGOR PADA MINGGU KETIGA, KEEMPAT JUN
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada minggu ketiga atau keempat bulan depan bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada minggu ketiga atau keempat bulan depan bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Amirudin berkata permohonan itu akan dibuat sebelum DUN terbubar secara automatik pada 25 Jun ini.
“Sebab ini antara persefahaman kami Menteri-menteri besar iaitu pada minggu ketiga dan keempat bulan Jun,“ katanya kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR), di sini, hari ini.
Enam negeri yang akan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Dalam pada itu, mengenai pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor, beliau berkata tujuh daripada 56 kerusi masih dalam perbincangan untuk dimuktamadkan.
Terdahulu, Amirudin, mewakili Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), menerima pengiktirafan MBOR menerusi jualan ayam dan telur ayam bersubsidi terbesar semasa penganjuran Jualan Mega Ehsan Aidilfitri, bulan lalu.
Beliau berkata Jualan Mega Ehsan Aidilfitri adalah program jualan dengan kuantiti terbesar yang pernah PKPS anjurkan dan merupakan sebahagian daripada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER).
Menteri Besar berkata sejak JER dilaksana bermula September tahun lalu hingga bulan ini, PKPS telah membelanjakan sebanyak RM37 juta dan memberi penjimatan sebanyak RM18 juta kepada lebih dua juta penduduk di negeri itu.
Amirudin berkata JER pada tahun lalu telah merekodkan jualan sebanyak 30,000 ekor ayam dan 10,712 papan telur ayam sepanjang dua hari program berlangsung dan akan diteruskan dengan kolaborasi bersama dengan Program Jualan Rahmah, seawal bulan depan dengan jangkaan tambahan jumlah produk makanan.
JER dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam mendepani kenaikan harga makanan dengan menawarkan jualan harga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests