CUACA PANAS, KUTIPAN SAMPAH WAKTU MALAM

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil pendekatan mengubah waktu kutipan sampah serta kerja-kerja pembersihan ke waktu malam berbanding waktu pagi sebelum ini.
Ia susulan daerah Kinta, Hulu Perak dan Manjung telah dikategorikan cuaca panas tahap satu.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, tindakan itu wajar bagi mengelakkan sebarang risiko strok haba kepada para petugas pembersihan yang berdepan dengan cuaca panas sehingga mencapai 37 darjah Celcius di Perak.
Laporan penuh dalam Berita AlHijrah 14 Mei 2023.–AlHijrah Online