SUAMI ISTERI DITAHAN JUAL PAKAIAN TIDAK WUJUD SECARA ‘ONLINE’
Sepasang suami isteri ditahan di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Manjung, Perak pada 11 Mei lepas ekoran kegagalan membekalkan pakaian yang dijual secara dalam talian.
PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri ditahan di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Manjung, Perak pada 11 Mei lepas ekoran kegagalan membekalkan pakaian yang dijual secara dalam talian.
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata pasangan warga tempatan berumur 40-an itu ditahan susulan siasatan ke atas aduan orang awam berhubung penjualan pakaian secara dalam talian sempena Hari Raya Aidilfitri yang tidak wujud.
Beliau berkata aduan dibuat ke atas syarikat yang beralamat di Sitiawan, Perak apabila pengadu telah membuat pembelian bagi sepasang baju kurung melalui tawaran iklan penjualan baju kurung di laman sosial Facebook.
“Namun setelah pembayaran dilakukan sehingga tempoh aduan ini dibuat, baju kurung yang dibeli tidak diterima oleh pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman berkata berdasarkan rekod, KPDN telah menerima sejumlah 100 aduan dari seluruh negara berkaitan penipuan jualan yang dilakukan oleh individu berkenaan secara dalam talian.
Hasil siasatan lanjut, katanya mereka didapati telah menerima wang daripada pelanggan melalui akaun bank syarikat mereka membabitkan jumlah ratusan ribu ringgit sepanjang pengiklanan dalam Facebook.
Azman berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599] bagi siasatan menyeluruh ke atas pengiklanan dan transaksi kewangan.
Siasatan juga akan dilakukan di bawah Seksyen 4, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613], katanya.
Akta 613 adalah berkaitan kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga peringkat pelucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penipuan penjualan secara dalam talian.
Menurut Azman, kedua-dua individu itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung bagi permohonan reman selama empat hari bermula 12 Mei hingga hari ini.
Peralatan elektronik dengan nilai dianggarkan berjumlah RM8,700 turut disita.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked