Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SITI SARAH MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

SITI SARAH MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan suaminya Shuib Sepahtu melalui satu hantaran di Instagram.

“5.13 minit pagi 9 ogos 2021 bidadari syurga saya pergi buat selamanya.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah,” katanya.

Siti Sarah sebelum ini dilapor dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan COVID-19.

Allahyarham pada Jumaat selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempat pasangan itu ketika menerima rawatan.

Siti Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading