Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SITUASI DI GAZA MAKIN MERUNCING, MISI GLOBAL SUMUD FLOTILLA 2.0 BAKAL DIGERAKKAN

DALAM NEGARA

SITUASI DI GAZA MAKIN MERUNCING, MISI GLOBAL SUMUD FLOTILLA 2.0 BAKAL DIGERAKKAN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terbabit secara langsung dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal disertai lebih 80 negara seluruh dunia.

Sumber Gambar: PMO

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terbabit secara langsung dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal disertai lebih 80 negara seluruh dunia.

Beliau berkata pembabitan secara langsung dalam misi itu adalah kesinambungan perjuangan moral antarabangsa, yang menuntut keberanian untuk menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan tanpa mengira batas sempadan, bangsa atau agama.

“Insya-Allah, kita akan menggerakkan segala kudrat untuk membantu dan memperjuangkan hak rakyat Palestin. Keadilan ini tidak boleh lagi ditangguhkan demi sebuah Palestin yang bermaruah dan merdeka,” kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Komitmen itu ditegaskan Anwar selepas menerima kunjungan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) yang juga Ketua Aktivis Kemanusiaan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Sani Araby bersama Pengasas Sumud Nusantara Nadir Al-Nuri di pejabat beliau di Putrajaya, petang tadi.

Anwar berkata beliau dimaklumkan mengenai situasi kemanusiaan di Gaza yang semakin meruncing akibat sekatan bantuan berpanjangan, ketidaktentuan konflik serta penderitaan rakyat Palestin yang terus dihimpit kekejaman.

Dalam pertemuan itu, Sani dan Nadir turut berkongsi keberhasilan Misi Sumud Nusantara yang berjaya memecahkan kebisuan dunia dan mengangkat suara Gaza ke pentas antarabangsa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading