Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“GLAMPING WITH PRIDE” DIBATALKAN: MENJUNJUNG KASIH TUANKU SULTAN SELANGOR – MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

“GLAMPING WITH PRIDE” DIBATALKAN: MENJUNJUNG KASIH TUANKU SULTAN SELANGOR – MENTERI AGAMA

Menterinya, Dr Zulkifli Hasan menegaskan perkara itu selepas penganjuran program songsang “Glamping With Pride” yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini dibatalkan.

Gambar ARKIB. Sumber: Dr Zulkifli Hasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan usaha menormalisasi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Menterinya, Dr Zulkifli Hasan menegaskan perkara itu selepas penganjuran program songsang “Glamping With Pride” yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini dibatalkan.

Katanya, tindakan tersebut salah di bawah undang-undang sedia ada, termasuk peruntukan Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Seksyen 25] serta Kanun Keseksaan [Seksyen 377A, 377B, 377C dan 377D] yang memperuntukkan kesalahan berkaitan seks luar tabii.

“Menjunjung kasih Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj atas keprihatinan Baginda, dan mengucapkan sekalung tahniah buat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) atas tindakan pantas dan tegas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu program “Glamping With Pride” yang dijadualkan berlangsung di Hulu Langat hujung minggu ini, dibatalkan, selepas ditekan pelbagai pihak terma­suk ditentang keras oleh Sultan Se­langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Media melaporkan penganjur program, pembatalan dibuat berikutan ancaman kese­lamatan serius dan menakutkan yang diterima pihak­nya sejak beberapa hari lalu.

Katanya pembatalan program tersebut bukan disebabkan aktiviti ­rekreasi berkenaan menyalahi undang-undang, sebaliknya berpunca daripada keadaan semasa yang dicetuskan oleh retorik tidak bertanggungjawab, kecelaruan maklumat serta momokan ketakutan sehingga keselamatan nyawa menjadi taruhan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading