SEMBUNYI DALAM TANGKI AIR, LEMPAR PARANG ANTARA TAKTIK WARGA ASING ELAK DITAHAN
Bersembunyi di dalam tangki air, lempar parang dari tingkat atas bangunan dan memanjat bumbung antara taktik warga asing untuk mengelak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam dua serbuan berasingan di sekitar ibu negara awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Bersembunyi di dalam tangki air, lempar parang dari tingkat atas bangunan dan memanjat bumbung antara taktik warga asing untuk mengelak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam dua serbuan berasingan di sekitar ibu negara awal pagi tadi.
Bagaimanapun, taktik berkenaan gagal apabila sebanyak 150 warga asing ditahan dalam Ops Kutip yang dilaksanakan di sebuah pangsapuri di Selayang dan penempatan haram warga asing di Jalan Klang Lama, di sini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Lokman Effendi Ramli berkata serbuan pertama dijalankan dari 12.30 tengah malam hingga 2 pagi di Selayang, melibatkan 52 pegawai imigresen hasil risikan selama dua minggu serta aduan orang awam.
“Dalam operasi itu, 326 individu diperiksa dan 79 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
“Mereka terdiri daripada warga Indonesia (18 lelaki, 21 perempuan), Nepal (10 lelaki), India (dua lelaki), Bangladesh (24 lelaki, seorang perempuan), Pakistan (masing-masing seorang lelaki dan perempuan) dan Myanmar (seorang lelaki) dalam lingkungan umur 17 hingga 55 tahun,” katanya dalam sidang media di lokasi serbuan,” katanya.
Menurut Lokman Effendi, mereka yang ditahan bekerja dalam pelbagai sektor termasuk sebagai pengawal keselamatan, pembantu kedai makan, pembantu dobi, penjaga kedai runcit dan pekerja tapak pembinaan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati unit kediaman dengan tiga bilik disewa kira-kira RM600 seunit dan dihuni secara beramai-ramai antara lima hingga lebih enam orang, sekali gus menyebabkan isu kebersihan, bau tidak menyenangkan serta berpotensi mengundang masalah kesihatan dan sosial.
Serbuan kedua pula dijalankan di penempatan haram warga asing di Jalan Klang Lama dari 2.30 pagi hingga 3.30 pagi hasil risikan selama seminggu.
“Dalam operasi ini, sebanyak 71 warga asing ditahan, terdiri daripada Indonesia (33 lelaki, 33 perempuan), Myanmar (2 lelaki, seorang perempuan), masing-masing seorang lelaki India dan Pakistan,” katanya.
Pemerhatian Bernama mendapati penempatan haram berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan asas, namun penghuni dipercayai menyewa ‘atas angin’ tanpa mengenali pemilik tanah sebenar, selain tiada sambungan elektrik yang sah dan menggunakan sambungan haram daripada sumber berdekatan.
Dalam pada itu, Lokman Effendi menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang imigresen akan dilaksanakan di ibu negara secara menyeluruh ke atas semua pihak tanpa kompromi demi menjaga kedaulatan negara.
“Penguatkuasaan akan dijalankan ke atas pendatang tanpa izin dan juga majikan yang menggajikan mereka,” katanya.
Beliau berkata semua yang ditahan dalam kedua-dua operasi itu dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai pas atau permit sah dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Turut hadir pada operasi itu ialah Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked