Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SKMM BUKA KERTAS SIASATAN TERHADAP VIDEO KLIP RAYA KONTROVERSI

DALAM NEGARA

SKMM BUKA KERTAS SIASATAN TERHADAP VIDEO KLIP RAYA KONTROVERSI

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan membuka kertas siasatan berkenaan video muzik raya kontroversi yang melibatkan usahawan kosmetik terkenal.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, individu yang terlibat dalam pembikinan klip video tersebut akan dipanggil untuk hadir ke ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, pagi esok.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan membuka kertas siasatan berkenaan video muzik raya kontroversi yang melibatkan usahawan kosmetik terkenal.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, individu yang terlibat dalam pembikinan klip video tersebut akan dipanggil untuk hadir ke ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, pagi esok.

“SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad menegaskan video muzik hari raya tersebut dilihat tidak sesuai dengan budaya dan masyarakat negara ini.

“Ternyata terdapat perdebatan dan perbincangan yang agak panas di kalangan rakyat Malaysia terhadap klip video ini, yang diringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

“Pastinya saya kira kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal kelak setelah kita menempuh ujian dan tarbiyah di dalam bulan Ramadan.

“Saya mengajak semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam khususnya untuk kita menjaga sensitiviti kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang kita mahu tonjolkan kepada masyarakat. Apatah lagi negara kita baru nak pulih daripada ingatan Allah terhadap bala COVID-19 yang melanda seluruh dunia,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading