Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SOLAT HAJAT KHAS BUAT SULTAN MIZAN DISELARAS DI SELURUH TERENGGANU

DALAM NEGARA

SOLAT HAJAT KHAS BUAT SULTAN MIZAN DISELARAS DI SELURUH TERENGGANU

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat khas pada Jumaat ini bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat khas pada Jumaat ini bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi portal rasmi Kerajaan Negeri Terengganu, solat hajat itu akan diadakan selepas Solat Jumaat di semua masjid, manakala di surau ia dijadualkan berlangsung selepas solat Isyak pada 24 Julai.

Solat hajat berkenaan diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Sultan Mizan dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.

Sehubungan itu, JHEAT meminta semua jawatankuasa pengurusan masjid dan surau melaksanakan arahan berkenaan mengikut ketetapan yang ditetapkan.

Orang ramai turut diseru hadir beramai-ramai bagi menyertai solat hajat itu di masjid dan surau berhampiran sebagai tanda doa dan sokongan kepada Sultan Terengganu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading