Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOP PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN SUKAN SEKOLAH DITINGKATKAN – FADHLINA

DALAM NEGARA

SOP PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN SUKAN SEKOLAH DITINGKATKAN – FADHLINA

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Gambar fail Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. – Bernama

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan memastikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah serta pihak sekolah memantau seluruh infrastruktur sukan dan padang sekolah berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan para pelajar.

“Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan para pelajar untuk sentiasa waspada ketika melakukan aktiviti di luar kelas,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Dalam masa sama, Fadhlina mengucapkan takziah kepada keluarga seorang murid berusia 11 tahun yang meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St. Anthony, di Bintulu, Sarawak, semalam.

“Saya memberi jaminan, KPM menerusi JPN akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa,” katanya.

Fadhlina turut berkata KPM akan memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan insiden itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading