SUAMI PUKUL ISTERI DITAHAN, SUSPEK POSITIF METHAPHETAMINE

Tangkap layar video tular kejadian lelaki pukul wanita guna topi keledar.

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang tular memukul wanita di hadapan sebuah kedai makan Khamis lalu ditahan polis di sebuah rumah di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2, Gua Musang.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, wanita itu merupakan isteri suspek dan mangsa dipukul kerana berlaku perselisihan faham.

Katanya hasil pemeriksaan terhadap suspek tidak menjumpai apa-apa barang terlarang.

Namun ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya bekerja dan menyuruh mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit.

Polis turut merampas topi keledar berwarna merah yang digunakan untuk memukul wanita berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 1 Februari untuk siasatan lanjut. – AlHIjrah Online

Leave a Reply