HASRAT PM SUPAYA CETAK, EDAR SATU JUTA AL-QURAN AKAN DISEGERAKAN – MOHD NA’IM
KUALA LUMPUR: Hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk Malaysia mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskhah al-Quran di Sweden, akan disegerakan.
KUALA LUMPUR: Hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk Malaysia mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskhah al-Quran di Sweden, akan disegerakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan mengadakan perbincangan.
“Selain itu, mereka juga akan bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan penyelarasan pengedaran naskhah al-Quran berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata selain sebagai tindak balas terhadap insiden itu, pengedaran naskhah al-Quran terbitan Yayasan Restu itu juga memberi peluang kepada masyarakat dunia untuk menghayati kandungan al-Quran memandangkan ia turut diterbitkan tafsirannya dalam pelbagai terjemahan bahasa.
“Apabila tafsiran dibuat dalam pelbagai bahasa, kita harap al-Quran ini bukan sekadar dibaca tetapi juga kandungannya dapat difahami dengan lebih baik…untuk itu, kita akan usahakan agar percetakan dan edarannya dapat dipercepat sebagaimana dihasratkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan) beramah mesra bersama sebahagian pasangan pengantin pada Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka sempena Karnival MAIWP 2023 hari ini. – Bernama
Yayasan Restu terkenal dengan penghasilan mushaf al-Quran dan penerbitan berkaitan al-Quran dengan reka bentuk eksklusif.
Semalam, Anwar berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, selain Anwar menegaskan ikhtiar yang akan dilaksanakan Yayasan Restu itu ialah cara paling berfaedah untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu.
Terdahulu, Majlis Walimatul Urus Perdana yang menyaksikan 100 pasangan pengantin terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf diraikan serentak, turut dihadiri Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked