Sebahagian daripada 100 pasangan pengantin diarak menaiki Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka sempena Karnival MAIWP 2023 hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dataran Merdeka, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata kesemua pasangan pengantin yang diraikan dalam majlis bersempena Karnival MAIWP 2023 itu, merupakan kalangan asnaf fakir, miskin dan mualaf.
Beliau berkata kesemua pasangan pengantin berkenaan turut menerima RM2,000 dan sepersalinan pakaian pengantin berserta perhiasan melalui skim bantuan perkahwinan MAIWP.
Katanya skim tersebut diperkenalkan sejak 2006 bagi meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis walimatul urus.
“MAIWP telah membantu 412 penerima melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.08 juta melalui skim itu pada tahun lepas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis itu, di sini.
Terdahulu, Mohd Na’im turut melancarkan Kempen Jom Kahwin di Wilayah Pesekutuan yang bertujuan menggalakkan lebih ramai khususnya anak muda di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mendirikan rumah tangga.
Menurutnya paling penting dalam kempen itu ialah memberikan bakal pengantin ilmu pengetahuan berkaitan tanggungjawab serta peranan dalam membentuk keluarga sakinah (tenang), mawaddah (saling mencintai) dan rahmah (berbelas kasihan).
Dalam pada itu, pada majlis bertema ‘Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam’ berkenaan, pasangan mempelai diarak menaiki bas Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut, sebelum disandingkan di pelamin yang disediakan di Dataran Merdeka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan) beramah mesra bersama sebahagian pasangan pengantin pada Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka sempena Karnival MAIWP 2023 hari ini.
foto BERNAMA
foto BERNAMA
foto BERNAMA
Menariknya, dua pasangan pengantin telah dinikahkan oleh Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail secara langsung.
Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata pihaknya dalam perancangan untuk menjadikan majlis itu sebagai acara tahunan.
Turut hadir, Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Hajah Saraya Arbi dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Mohd Nizam Yahya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests