PENDUDUK KAMPUNG REDAH AIR TIGA KM DAPATKAN BEKALAN MAKANAN
Kira-kira separuh daripada penduduk kampung berkenaan mengambil keputusan untuk berjalan kaki meredah air, manakala sebahagian lagi menaiki bot persendirian dan bot milik ketua kampung bagi mendapatkan bekalan makanan di pekan berhampiran.
Beberapa penduduk kampung meredah banjir sambil membawa belakan makanan selepas kampung tersebut dinaiki air semula ekoran hujan berterusan sejak malam semalam ketika tinjauan hari ini. — foto BERNAMA
MERSING: Penduduk Kampung Baru Jemari, di sini terpaksa meredah air sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bekalan makanan selepas jalan utama di kampung berkenaan ditenggelami air sejak semalam.
Seorang penduduk, Maszila Edal, 27, berkata mereka telah dibenarkan pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Mersing dan Politeknik Mersing, semalam selepas lima hari berlindung di situ.
“Selepas keluar dari PPS tengah hari semalam, penduduk kampung terus balik ke rumah masing-masing memandangkan pihak berkuasa memaklumkan keadaan sudah selamat.
“Bagaimanapun, hujan kembali lebat mulai petang semalam dan baru reda pagi ini menyebabkan air dari Sungai Jemari melimpah dan jalan utama untuk keluar masuk kampung ini terputus. Ramai penduduk kampung tiada bekalan makanan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Sehubungan itu, Maszila berkata kira-kira separuh daripada penduduk kampung berkenaan mengambil keputusan untuk berjalan kaki meredah air, manakala sebahagian lagi menaiki bot persendirian dan bot milik ketua kampung bagi mendapatkan bekalan makanan di pekan berhampiran.
Adiknya, Fatin Syuhada, 22, pula berkata beliau bersama suami Abbil Haqim, 40, dan anak berusia tiga tahun terpaksa tidur di dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan malam tadi kerana gagal meredah limpahan air tersebut.
“Selepas keluar dari PPS petang semalam, kami sekeluarga pergi cari barang di bandar Mersing dahulu dan balik ke kampung pada sebelah malam tanpa mengetahui sebenarnya jalan utama telah terputus.
“Disebabkan air agak dalam hingga ke paras pinggang, kami tak berani nak redah. Kami buat keputusan tidur di dalam kereta sementara menunggu air surut,” katanya.
Fatin Syuhada berkata ketika ini mereka sedang menunggu arahan daripada ketua kampung dan pihak berkuasa sama ada perlu berpindah semula ke PPS atau sebaliknya.
“Kalau ikutkan hanya dua atau tiga buah rumah sahaja yang dinaiki air, manakala yang lain hanya berdepan masalah tiada bekalan makanan disebabkan jalan terputus,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi mendapati hujan mula reda pada kira-kira 11 pagi tadi, namun limpahan air di jalan utama belum menunjukkan tanda untuk surut.
Beberapa penduduk kampung juga dilihat keluar masuk sambil meredah air untuk mendapatkan bekalan makanan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager