TV ALHIJRAH UMUM 12 PESERTA RANCANGAN REALITI TERBARU AKADEMI QURRA’
TV AlHijrah memperkukuhkan kedudukannya sebagai stesen televisyen yang menyebarluas dakwah dengan membawakan sebuah program realiti mengaji al-Quran yang dikenali sebagai Akademi Qurra’.
Tirai episod pertama Akademi Qurra’ dibuka malam tadi dengan pengenalan 12 orang peserta yang terdiri daripada 7 orang peserta lelaki dan 5 orang peserta wanita.
KUALA LUMPUR: TV AlHijrah memperkukuhkan kedudukannya sebagai stesen televisyen yang menyebarluas dakwah dengan membawakan sebuah program realiti mengaji al-Quran yang dikenali sebagai Akademi Qurra’.
Tirai episod pertama Akademi Qurra’ dibuka malam tadi dengan pengenalan 12 orang peserta yang terdiri daripada 7 orang peserta lelaki dan 5 orang peserta wanita.
Kesemua barisan qari dan qariah ini dikenali sebagai Tilmiz dan Tilmizah Akademi Qurra’ sepanjang rancangan ini bersiaran 8 minggu.
Menurut Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar, berbekalkan kecintaan yang mendalam terhadap al-Quran, 12 peserta berumur dalam lingkungan umur 18 hingga 40 tahun akan berusaha mempelajari lenggok bacaan al-Quran, ilmu taranum, tajwid, fasohah dan teknik kawalan suara.
Mereka adalah Muhammad Akasyah Md Yunos (18 tahun, Selangor), Muhamad Nurfahmi Zainal (23 tahun, Negeri Sembilan), Muhammad Nur Faridzuan Basar (20 tahun, Johor), Saifullah Khanip Rofli (19 tahun, Pahang), Muhammad Nur Zuhdi Mohd Daud (25 tahun, Johor), Adam Hakimi Khairulnizam (18 tahun, Kedah) dan Abdullah Afif Mohd Ariffin (22 tahun, Melaka).
Manakala barisan Tilmizah pula adalah Aina Syafiyah Selamat (22 tahun, Melaka), Nik Maghfirah Nik Abd Rahman Zaki (19 tahun, Kelantan) Nurnazhirah Shaharudin (24 tahun, Selangor), Nooraini Abdullah (40 tahun, Selangor) dan Nur Ain Syahirah Shaifullah (21 tahun, Kelantan).
“Walaupun kesemua Tilmiz dan Tilmizah adalah muka baru dalam dunia taranum al-Quran, mereka mempunyai bakat yang sangat besar untuk menyatukan ummah dengan al-Quran. Mereka adalah harta ummah yang sedang digilap untuk menjadi permata yang menyinari dunia dakwah,”
“Saya menjangkakan program Akademi Qurra’ akan meraih kumpulan penontonnya yang tersendiri sekaligus menjadi penanda aras baru dalam penerbitan rancangan realiti berkonsepkan mengaji al-Quran,”
“Pihak juri sendiri mencadangkan agar sesi bacaan para peserta dipanjangkan untuk memberi masa secukupnya kepada peserta mengalunkan jenis-jenis tarannum yang diberikan. Malahan cadangan ini disambut baik penonton di kaca televisyen dan di media sosial.” ujar Zulkarnaen.
Episod pengenalan yang juga disiarkan menerusi Facebook Live dan aplikasi Alhijrah Plus meruntun jiwa penonton apabila peserta paling berusia iaitu Tilmizah Nooraini, seorang doktor perubatan berkongsi kisah yang memotivasikan dirinya untuk bergelar Tilmizah walaupun sudah berusia 40 tahun.
Tilmizah Nooraini
Tilmizah Nooraini diuji dengan kepayahan dan dugaan membesarkan anak kesayangannya yang merupakan pesakit kanser leukimia.
“Apabila berada di puncak kerjaya, cita-cita saya untuk terus meneroka bidang perubatan terhenti apabila anak saya disahkan menghidapi leukimia.
“Saya mencari sesuatu yang boleh menenangkan jiwa pada waktu itu. Akhirnya, saya temui kedamaian di dalam kelas pengajian taranum online,” kongsinya selaku peserta kedua yang diuji juri jemputan iaitu Ustaz Amirahman Abas dengan bacaan dari surah Al-Isra menggunakan taranum Bayyati Husaini dan Nahawan.
Untuk rekod, program Akademi Qurra’ disiarkan pada setiap Sabtu, jam 9 malam.
Program ini diadili sepenuhnya oleh seorang juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan juri jemputan berbeza pada setiap minggu.
Manakala Mudarris dan Mudarrisah yang akan menjadi tulang belakang membimbing kesemua peserta pula adalah Ustaz Ammar Mukhlis, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustazah Sofizah Mousin.
Dari kiri: Ustaz Ammar Mukhlis, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustazah Sofizah Mousin.
Program ini juga menampilkan Fakhrul UNIC selaku pengacara rancangan.
Akademi Qurra’ episod pertama melabuhkan tirainya dengan dua berita baik.
Fakhrul UNIC mengumumkan tiada penyingkiran di minggu pertama bagi memberi peluang kepada kesemua peserta untuk terus menimba ilmu di minggu seterusnya.
Selain itu, doa khas memperkukuh solidariti terhadap al-Quran turut dibaca Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman di penghujung rancangan bagi menyatakan sokongan terhadap inisiatif kerajaan Malaysia yang menggantikan senaskhah al-Quran yang dibakar dengan sejuta naskhah al-Quran yang lain. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
Pingback: Ilmu Tarannum: Pengenalan dan sejarah di Malaysia