Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH TERIMA ANUGERAH ‘ASIA EXCELLENCE IN ISLAMIC & MULTICULTURAL BROADCASTING’

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH TERIMA ANUGERAH ‘ASIA EXCELLENCE IN ISLAMIC & MULTICULTURAL BROADCASTING’

KUALA LUMPUR: Penyiar kandungan Islam negara, TV AlHijrah menerima anugerah ‘Asia Excellence in Islamic & Multicultural Broadcasting’ di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Pengurus Besar Kejuruteraan dan Sokongan Penyiaran TV AlHijrah, Suffian Yahya (kanan).

KUALA LUMPUR: Penyiar kandungan Islam negara, TV AlHijrah menerima anugerah ‘Asia Excellence in Islamic & Multicultural Broadcasting’ di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Anuegerah itu disampaikan pada penganjuran Asia Achievement Excellence Award Winner 2023 anjuran Indonesia Award Magazine.

Selain keunikannya sebagai platform dakwah Islam yang memanfaatkan teknologi canggih, media baharu dan kreativiti, TV Alhijrah diiktiraf di negara-negara jiran berikutan produktiviti dan kualiti penerbitan.

Menurut Pengurus Besar Kejuruteraan dan Sokongan Penyiaran TV AlHijrah, Suffian Yahya, penganugerahan itu satu pengiktirafan kepada TV AlHijrah yang sentiasa menekankan kepada kesatuan insaniah dan kepelbagaian budaya dalam mendidik jiwa penonton.

“Selari dengan moto kita ‘Bersatu Dengan Ilmu’ di mana kita memberi fokus menyampaikan program- program yang menyatukan ummah kerana itu antara kelebihan TV AlHijrah.

“Kekuatan kita adalah menerbitkan program-program pelbagai budaya sebagai contoh yang pernah kita hasilkan seperti program Reflection dan Dialog Harmoni yang melibatkan bahasa-bahasa luar dan asing dalam meyampaikan ilmu dan syariat agama kepada penonton,” katanya.

Dalam pada itu Suffian berkata penganugerahan yang diberikan kepada TV AlHijrah juga adalah berdasarkan tanggungjawab sosial, kredibiliti, dedikasi dan pengurusan yang baik serta mempunyai misi yang strategik.

Tegasnya TV Alhijrah akan sentiasa konsisten dalam menerbitan kandungan Islamik mengikut peredaran masa bagi mendapat tempat di setiap lapisan umur.  – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading