Malaysia bakal memasuki Fasa Peralihan ke Endemik esok (1 April) dengan menyaksikan pembukaan semula sempadan negara.
Setelah dua tahun memerangi pandemik COVID-19, rakyat Malaysia akan kembali kepada gaya hidup normal mereka, walaupun dalam norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka.
Oleh Teh Kuan Hong dan Mohamad Harith Mohamad Nizar
KUALA LUMPUR: Malaysia bakal memasuki Fasa Peralihan ke Endemik esok (1 April) dengan menyaksikan pembukaan semula sempadan negara.
Setelah dua tahun memerangi pandemik COVID-19, rakyat Malaysia akan kembali kepada gaya hidup normal mereka, walaupun dalam norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka.
Dengan peralihan kepada endemik, sekatan yang dikenakan untuk mengekang penularan COVID-19 sebelum ini telah dilonggarkan, membuka jalan kepada penganjuran kebanyakan aktiviti termasuk solat berjemaah yang dijalankan seperti biasa.
Namun, adakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik?
Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun dari Hospital Kasih Cyberjaya berkata terdapat dua kumpulan, iaitu yang masih terganggu dengan ancaman COVID-19 dan satu kumpulan lagi tidak sabar untuk menikmati kebebasan.
Beliau berkata rakyat Malaysia secara umumnya lebih mengutamakan kebebasan dan bersedia menerima fasa baharu dalam kehidupan mereka.
“Pada saya, mentaliti rakyat Malaysia tidak akan berubah. Malah, mereka gembira untuk menerima kebebasan ini daripada terperangkap dengan sekatan (SOP ketat),” katanya kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan adalah penting untuk rakyat Malaysia bertanggungjawab dalam mematuhi SOP bagi memastikan kadar jangkitan dihadkan kepada tahap minimum.
Ditanya mengenai kemunculan varian baharu selepas Omicron, Dr Hanafiah berkata terdapat kemungkinan manusia telah membangunkan imuniti kelompok semula jadi terhadap virus itu, ditambah dengan suntikan vaksin sebagai perlindungan tambahan.
Katanya, orang ramai tidak perlu terlalu bimbang mengenai varian baharu kerana kerajaan telah merangka pelbagai pelan untuk menangani kemungkinan berlakunya lonjakan kes pada masa hadapan.
“Apabila sudah membenarkan kita berada dalam fasa endemik, kerajaan sebenarnya sudah bersedia untuk berdepan senario lebih buruk. Ini bermakna kerajaan mempunyai rancangan luar jangka,” katanya.
Pensyarah kanan dan ahli epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman berkata kriteria utama peralihan kepada fasa endemik ialah keupayaan negara mengendalikan kes.
Dr Malina yang juga pakar kesihatan awam berkata selagi sistem penjagaan kesihatan Malaysia tidak terjejas, ia akan dapat berfungsi secara optimum dalam menangani kes baharu bagi menjaga kesihatan rakyat.
Beliau berkata ia bergantung kepada rakyat sama ada mereka sudah bersedia untuk beralih kepada fasa baharu atau tidak, kerana situasi dalam fasa endemik adalah berbeza secara relatif daripada pandemik, dari segi risiko jangkitan.
“Kerajaan akan membuat beberapa persediaan untuk itu (mengendalikan kes baharu), terutama apabila kita perlu melindungi mereka yang tidak dapat divaksinasi, jadi itu sangat penting,” katanya.
Tambahan pula, beliau berpendapat bahawa situasi COVID-19 dalam negara baru-baru ini telah dikawal dengan baik dan tidak akan menjadi seperti dialami ketika gelombang Delta yang menimbulkan banyak masalah.
Semalam, sebanyak 15,941 kes dikesan di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon pada 8 Mac mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April menyaksikan negara beralih kepada gaya hidup yang hampir normal selepas dua tahun memerangi COVID-19.
Beliau berkata fasa peralihan hanya sementara sebelum negara boleh memasuki fasa endemik sepenuhnya, tertakluk kepada pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager